Berita UtamaUtama

Pemimpin ghairah kejar jawatan nak dilayan seperti VVIP

Bina akhlak lebih daripada posisi tertinggi akan disenangi rakyat: Mapim

BANGI, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Pemimpin harus membina kriteria akhlak lebih daripada mencapai posisi jawatan tertinggi, kerana jaminan itu yang disenangi rakyat.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemimpin yang mengejar jawatan lebih digilai oleh banyak pihak sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar akhlak serta undang-undang.

Asalkan dapat memposisi diri di jawatan tertinggi, beliau berkata, matlamat dan pertanggungjawaban sebagai pemimpin itu tidak lagi dikisahkan.

“Kerana menjadi manusia bergelaran dan berjawatan itulah matlamatnya. Dengan berjawatan ertinya membuka pintu yang luas untuk meraih peluang memperkayakan diri.

“Dengan sebab itu perlu diinsafi betapa istimewa sekalipun seseorang itu menduduki jawatan sebagai seorang pemimpin politik atau birokrasi, ia bukan kekal. Dia perlu sedar. Tumpuan bukan lagi kepadanya. Keistimewaan hanya untuk yang berjawatan,” katanya.

Menulis di Sinar Harian hari ini, beliau berkata, dalam dunia yang bergelut sengit dengan persaingan politik untuk membolot kekayaan, kini jawatan tinggi seperti wakil rakyat Ahli Parlimen dan kedudukan lain di birokrasi awam, politik atau korporat sangat dighairahkan oleh banyak pihak untuk mendapat layanan istimewa.

“Status seorang pemimpin yang berkedudukan VIP atau VVIP tidak kekal. Sampai masanya ia akan beralih kepada orang lain. Hidup berputar kembali kepada menjadi orang biasa.

“Maka selepas jawatan gugur maka segala keistimewaan juga gugur. Mungkin masih dihormati sedikit tetapi segala keistimewaan bukan lagi untuknya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close