Berita UtamaUtama

Najib sindir kerajaan longgar pengambilan pekerja asing

'Mungkin anak tempatan tak layak kerja kilang topeng muka'

BANGI, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang didominasi parti tamak haloba DAP – apabila melonggarkan jumlah pengambilan pekerja asing untuk menambah penghasilan topeng muka.

Bekas perdana menteri yang kini berdepan berdepan tuduhan-tuduhan daripada 5 kes jenayah di mahkamah berkata, isu baru sengaja dicipta, meskipun belum reda isu perjanjian sulit untuk membawa masuk 150,000 buruh tidak berkemahiran dari Pakistan.

“Mungkin anak tempatan tak layak kerja kilang topeng kot. PH terus fikir rakyat mudah ditipu,” katanya sinis di status Facebook, hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk membenarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing bagi penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak coronavirus (COVID-19).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kelonggaran itu diputuskan Kabinet melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, katanya, beberapa prosedur akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku kebanjiran pekerja asing di negara ini.

“Topeng muka ini ada masa-masa yang biasa hanya hospital sahaja menggunakan, orang awam adalah tidak biasa, (kecuali) jerebu sahaja guna.

“Sekarang bila kita perlukan lebih banyak, pengeluarannya mesti dinaikkan secara mendadak.

“Jadi, pengilang-pengilang mengatakan kalau boleh mereka ada syif 24 jam, jadi kita perlukan banyak lagi pekerja dan mereka mendapat pelepasan untuk kilang-kilang ada tiga syif dan untuk pengeluaran topeng-topeng muka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close