Berita UtamaUtama

FMT kalau tak faham Islam, jangan lapor: Firdaus Wong

Tak nak lapor rakyat Thailand belum muslim buat isyarat syahadah?

BANGI, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menempelak laporan portal media liberal, apabila menyamakan Mutfti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan militan IS, susulan menunjukkan isyarat jari syahadah.

Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) menganggap laporan yang disiarkan oleh Free Malaysia Today (FMT) tidak cukup memahami ajaran agama Islam sebenar.

“Inilah bentuk laporan dari FMT. Kalau tak faham Islam, jangan tulis laporan hatta kalau petik seorang yang bergelar pensyarah dan doktor.

“Sebelum ISIS dan DAESH malahan FMT wujud, muslim dah buat tanda syahadah. Menyemai bibit kebencian?,” soalnya.

Firdaus Wong berkata demikian merujuk contoh laporan berita yang disiarkan FMT pada Febuari 2018 bahawa, gambar Mohd Asri menunjukkan isyarat tangan yang dipopularkan kumpulan militan IS ketika dalam satu majlis bersama seorang agamawan beraliran Salafi di Indonesia mengundang kritikan.

“Saya sangat tersentak!” tulis novelis terkenal Faisal Tehrani, di laman Twitternya, dalam responnya selepas gambar itu turut dimuat naik ke laman Facebook mufti Perlis itu.

Membidas perkara itu, Firdaus turut mempersoalkan cara Faisal melakukan tasyahudnya ketika solat.

“Jari mana yang diangkatnya ya? FMT tak nak lapor ke rakyat Thailand belum muslim buat isyarat syahadah selepas kejadian tembakan minggu lepas?

“Manalah tahu rakyat Thailand yang majoriti Buddha juga dah join ISIS DAESH ke?,” soalnya sinis.

Isyarat menegakkan jari telunjuk merujuk kepada doktrin tauhid atau keesaan Allah SWT, selain digunakan dalam solat lima waktu ketika mengucapkan syahadah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close