Berita Utama

Puad Zarkashi dakwa Tun M keliru dengan isu 3R

Sesiapa sahaja bebas bercakap, asalkan tiada unsur hasutan

BANGI 13 Safar 1445H, Rabu – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad keliru dengan larangan menyentuh isu bangsa, agama dan raja (3R).

Beliau menepis kembali kenyataan Dr Mahathir semalam, yang mempersoalkan tindakan kerajaan melarang rakyat bercakap mengenai isu 3R.

Puad berkata, sesiapa sahaja bebas untuk bercakap mengenai isu 3R, asalkan tiada unsur hasutan yang mengancam keselamatan negara.

“Semalam Tun M menulis tentang 3R dalam fb beliau. Dia tanya kenapa tidak boleh cakap pasal 3R. Siapa kata tidak boleh?

“Memang bebas cakap pasal 3R. Yang tidak boleh ialah jika ada unsur hasutan yang mengancam keselamatan negara,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Menurut Puad, dalam isu sensitif itu, mana-mana pihak boleh didakwa di mahkamah sekiranya ia berunsur hasutan.

“Bila kena dakwa di mahkamah, jawablah. Mahkamah saja yang boleh buat keputusan.

“Tun M tidak betul bila dakwa tidak boleh cakap cakap pasal 3R. Itu pun menghasut,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir menegaskan kerajaan tidak berhak untuk melarang sesuatu, termasuk bercakap mengenai 3R, melainkan ianya berkait keselamatan negara.

Beliau juga mendakwa, isu 3R terlalu umum dan tidak jelas bagaimana perkara sedemikian boleh mencetuskan bahaya kepada negara.

Pautan berkaitan:

Tun M tegaskan kerajaan tak berhak larang sentuh isu 3R

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button