Berita UtamaDuniaUtama

COVID-19: China pecat pemimpin Hubei

Xi Jinping yakin dapat kekalkan momentum ekonomi China

WUHAN, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – China memecat pemimpin politik utama di wilayah Hubei, yang teruk terkesan Coronavirus Disease (COVID-19) sehingga mencatatkan 242 kematian pada Rabu – lebih dua kali ganda jumlah daripada hari sebelumnya, sekali gus menjadikan angka tertinggi sejak wabak menular.

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Hubei Parti Komunis China (CPC), Jiang Chaoliang, akan digantikan oleh Datuk Bandar Shanghai, Ying Yong, namun tidak memberikan maklumat lanjut.

Pemecatan Chaoliang menyusul selepas dua pegawai kanan kesihatan Hubei menerima nasib sama Isnin lalu, ketika semakin banyak kritikan dilontar terhadap cara pihak berkuasa tempatan mengendalikan wabak berkenaan.

Jumlah kematian baharu yang dicatatkan semalam telah meningkatkan angka kematian kepada 1,367.

Wabak yang muncul dari bandar Wuhan pada akhir Disember lalu itu juga telah mencatatkan lebih 14,800 kes baharu, dengan angka keseluruhan di seluruh China kepada 59,805.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping berkata, negara itu yakin dapat meminimumkan kesan wabak COVID-19, sekaligus mengekalkan semula momentum pembangunan ekonomi negara.

China akan berusaha untuk mencapai sasaran pembangunan tahun ini, kata Xi dalam satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya 25 negara telah mengesahkan mempunyai kes jangkitan. Tiga kematian juga direkodkan di luar China membabitkan Hong Kong, Filipina dan terbaharu di Jepun.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close