Berita UtamaPendapatUtama

138 MP sokong Tun M sebagai PM hingga akhir penggal?

ZAKIAH Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber-sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal.

Jika dilihat kepada carta 138 Ahli-Ahli Parlimen tersebut, maka akan didapati bahawa:
1. 63 adalah daripada PH. Tolak 26 daripada BERSATU dan 26 daripada PKR maka akan ada 11 lagi Ahli-Ahli Parlimen (daripada DAP dan/atau AMANAH) yang berbuat demikian.
2. 39 adalah daripada UMNO. Maknanya semua Ahli Parlimen UMNO berbuat demikian.
3. 18 adalah daripada PAS.
4. 9 adalah daripada WARISAN.
5. 1 adalah daripada UPKO.

Bila dihitung bilangan Ahli-ahli Parlimen PH, UMNO, PAS, WARISAN dan UPKO yang berbuat demikian baru ada 130. Maknanya ada 8 lagi yang tidak dinyatakan, mungkinlah daripada parti-parti di Sarawak dan/atau Sabah.

Lima Ahli Parlimen PH yang berbuat demikian didakwa merahsiakan identiti mereka.

Mungkin intipati laporan ada kebenarannya, tetapi bilangannya adalah terlalu tinggi:
1. Tak berapa logik semua Ahli Parlimen UMNO telah menandatangani SD.
2. Bilangan 26 Ahli Parlimen PKR juga adalah terlalu tinggi.

Susah juga untuk diberi komen lebih lanjut memandangkan kepada fakta-fakta berikut:
1. Zakiah Koya adalah kakak kepada Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
2. Akhbar The Star adalah akhbar milik MCA.

Dr Kamarul Yusoff

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close