Berita PilihanDuniaUtama

PBB terima pakai resolusi gesa gencatan senjata di Libya

Cadangan dikemuka Britain itu antara lain larang campur tangan asing

NEW YORK, 19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menerima pakai satu resolusi mengenai operasi multinasional untuk mengawasi gencatan senjata yang berkekalan di Libya, lapor agensi berita Anadolu.

Resolusi yang dikemukakan Britain itu, menyeru gencatan senjata segera dilakukan, menamatkan bekalan senjata kepada kedua-dua pihak bertelagah, mematuhi sekatan senjata dan mengundurkan tentera serta melarang campur tangan oleh mana-mana negara anggota dalam krisis di Libya.

Sebanyak 14 negara menyokong resolusi itu manakala Rusia berkecuali.

Resolusi itu juga menyeru semua negara dan wakil antarabangsa yang menghadiri Persidangan Berlin di Libya pada 19 Januari untuk menunaikan komitmen mereka.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres diminta menyediakan laporan mengenai langkah dan syor yang perlu diambil untuk memantau keberkesanan usaha gencatan senjata.

Komander Khalifa Haftar semasa di Persidangan Berlin bersetuju menghantar wakil untuk menganggotai suruhanjaya tentera yang dicadangkan PBB. Setiap pihak yang bertelagah akan menghantar lima wakil untuk memantau pelaksanaan gencatan senjata itu.

Di sebalik gesaan gencatan senjata berkekalan di Libya, tentera Haftar masih melancarkan serangan.

Sejak April lalu, tentera Haftar telah melancarkan serangan, menyasarkan kerajaan yang sah di Libya, menyaksikan lebih 1,000 orang tekorban.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close