Berita UtamaDuniaUtama

PBB dedah 112 perniagaan berkait dengan Israel

Zionis sifat pendedahan sebagai satu perkara memalukan

GENEVA, 19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedah, 112 perniagaan yang dikatakan mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel.

Pertubuhan itu turut mendedahkan, 94 perniagaan terbabit mempunyai ibu pejabat di Israel dan 18 di Amerika Syarikat serta negara-negara lain.

Perkara berkenaan dianggap sebagai melanggar undang-undang antarabangsa oleh kebanyakan komuniti global.

Antara 112 peniagaan yang disenaraikan adalah milik syarikat gergasi seperti Tripadvisor, AirBnB, Booking.com, Opodo, Expedia dan eDreams.

Turut tersenarai adalah syarikat British seperti JC Bamford Excavators Ltd, Motorola dan General Mills.

Majlis Hak Asasi Manusia mengarah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk mengeluarkan senarai syarikat-syarikat yang ada kaitan atau menyokong penempatan, yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Israel berpendapat, penempatan di wilayah yang dipertikaikan akan menyebabkan negara itu diboikot banyak syarikat serta firma-firma antarabangsa lain.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Israel Katz berkata, pendedahan senarai itu adalah `penyerahan memalukan’ kepada musuh Israel.

Manakala, Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki pula berkata, senarai itu adalah kemenangan untuk undang-undang antarabangsa.

Negara tidak diiktiraf Israel mula mengawal Tebing Barat dalam Perang 1967.

Sejak itu, Palestin melihat penempatan dan kedudukan tentera yang melindungi wilayah berkenaan sebagai halangan kepada kewujudan negara Palestin berdaulat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close