Berita PilihanDuniaUtama

Letusan Gunung Merapi, Indonesia keluar amaran

Memuntahkan abu setinggi 2,000 meter, boleh ancam keselamatan

JAKARTA, 19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Indonesia mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan).

Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.

Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Jan.

Walaupun letusan berlaku seketika, BPPTKG tetap meletakkan amaran pada tahap “waspada”.

Indonesia antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di “Lingkaran Api Pasifik”. Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close