Berita UtamaDuniaUtama

Israel tangkap lebih 30,000 rakyat Palestin sejak 2015

67 kanak-kanak, 16 wanita antara mangsa tahanan pada Januari

RAMALLAH, 19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Rejim pengganas Israel menahan lebih 30,000 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki sejak 2015, termasuk 496 orang pada Januari lalu.

Agensi berita tempatan melaporkan, setakat bulan lalu, seramai 67 kanak-kanak dan 16 wanita antara mangsa yang ditangkap oleh rejim berkenaan.

Laporan itu berkata, kadar penahanan telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2015.

Sementara itu, 16 tahanan Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel, yang dilaporkan akibat daripada penyeksaan ketika soal siasat dan lain-lain kecuaian perubatan.

Sejak 2015, undang-undang baharu ditubuhkan, di mana menyokong perlakuan buruk terhadap tahanan Palestin dan keganasan kerajaan tehadap mereka, kata penyelidik Palestin, Abdul Naser Ferwanah.

Beliau berkata, undang-undang itu juga membenarkan penahanan kanak-kanak dan hukuman berat ke atas mereka.

Suasana di wilayah itu terus tegang selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan damai Timur Tengah yang bersifat berat sebelah dan hanya memihak kepada Israel.

Semua kumpulan Palestin menolak dengan tegas rancangan itu, sementara kumpulan Israel dari aspek politik yang berbeza dengan penuh semangat menyambutnya kerana ia ‘menawarkan’ lebih banyak daripada yang mereka harapkan.

Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas turut mengambil langkah memutuskan hubungan dengan AS dan Israel, setelah menyatakan beliau tidak mahu namanya diingati dalam sejarah kerana mengkhianati Palestin.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close