Berita Utama

Pelik! Masjid ditutup tapi program maksiat dibenarkan

Kini masa bermunajat kepada Allah SWT bukan undang lagi bala

BANGI, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Pelik tatkala pandemik COVID-19 terus menyerang negara, program hiburan maksiat yang mengundang bala masih lagi dibenarkan.

Sedangkan masjid dan surau khususnya di Selangor masih tidak dibuka kepada umum walhal jemaah antara yang paling disiplin menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Mengambil maklum isu seorang penyanyi lelaki yang disahkan positif jangkitan COVID-19, Jawatankuasa Gerakan Massa Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia, Mohd Soufi Anual menyarankan, lebih baik tutup sahaja apa-apa bentuk program maksiat yang ada.

“Ramai kalangan rakyat Malaysia begitu marah bila mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak konsisten. Malah, menutup mata atas beberapa segmen kononnya terjaga dan mematuhi SOP ketat.

“Sedangkan banyak gambar tersebar menunjukkan segmen hiburan tersebut langsung tak ketat pun jaga SOP. Bila diberi ruang, maka pasti banyak yang akan langgar saja,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Mohd Soufi mempersoalkan mengapa program hiburan maksiat yang mengundang bala dibenarkan.

“Bukankah sepatutnya banyakkan aktiviti agama, mohon munajat beramai-ramai agar musibah segera diangkat oleh pemilik alam Yang Maha Berkuasa?

“Kenapa pula masjid surau di Selangor masih tak dibuka kepada umum? Walhal jemaah masjid dan surau antara yang paling disiplin jaga SOP.

“Dan di kala inilah, program munajat beramai-ramai ini yang perlu diperbanyakkan agar Allah merahmati dan meredhai kita semua,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button