Berita PilihanDuniaUtama

COVID-19: Seramai 2,600 lagi petugas perubatan dihantar ke Wuhan

Keputusan itu mendapat kelulusan Presiden China Xi Jinping

MOSCOW, 19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Seramai 2,600 lagi petugas perubatan dihantar ke bandar raya Wuhan, China untuk memerangi wabak COVID-19, lapor agensi berita Sputnik memetik Televisyen Central China.

Keputusan itu mendapat kelulusan Presiden China Xi Jinping.

Petugas perubatan yang terdiri doktor dan jururawat itu akan membantu merawat pesakit.

Angka korban akibat COVID-19 di wilayah Hubei, China melebihi 1,300 orang, dengan jumlah kes disahkan sebanyak 48,200.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close