Berita UtamaDuniaUtama

COVID-19 bakal berakhir April ini: Pakar China

WHO jangkakan vaksin dapat dihasilkan 18 bulan lagi

BEIJING ,19 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Seorang pakar perubatan China menjangkakan penularan wabak COVID-19 bakal berakhir menjelang bulan April depan.

Dr Zhong Nanshan, seorang pakar perubatan dihormati dalam bidang COVID-19 atau dahulunya dikenali sebagai coronavirus optimis, masalah yang membelenggui dunia itu bakal berakhir dalam tempoh masa dua bulan lagi.

Dakwaan Dr Zhong itu bersandarkan kepada penurunan drastik jumlah kes baharu di bandar Wuhan dan wilayah Hubei sejak seminggu lalu.

Beliau juga berpendapat, bahawa Februari merupakan bulan paling penting, dan menjadi kemuncak kepada penularan wabak berkenaan sebelum beransur-ansur pulih.

Bagaimanapun, dakwaan Dr Zhong mendapat kritikan dari beberapa orang pakar lain dengan menyifatkannya sebagai terlalu optimistik.

Paul Hunter, profesor di sekolah perubatan di Norwich, England berkata, memang terdapat bukti bahawa beberapa bahagian di China mengalami penurunan kes baharu.

“Walaupun trend semasa amat menggalakkan, namun saya akan terkejut jika ia mampu berakhir tahun ini,” katanya.

Para saintis di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk membangunkan vaksin COVID-19, tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan masa yang diperlukan untuk menghasilkannya memakan masa sekurang-kurangnya 18 bulan.

Selain itu, para penyelidik juga sedang mengkaji penggunaan antiviral sebagai rawatan.

Menurut WHO, cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan adalah dengan amalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan sabun dan air secara kerap.

Selain, menggunakan pencuci tangan, menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

WHO juga meminta orang ramai untuk tidak berhubung dengan pesakit dan segera mendapatkan rawatan awal sekiranya berdepan masalah demam, batuk atau kesukaran untuk bernafas.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close