Berita UtamaPendapatUtama

Siapakah yang rasis dan siapakah pula yang berpolitik matang?

DI kawasan Melayu majoriti, MCA menang. Di kawasan Cina majoriti, DAP menang.

PRK 2014 Teluk Intan, Datuk Mah (Gerakan) kalahkan calon parti penyandang DAP yang diwakili Dyana Sofia (DAP). Sebelum itu DAP menang dengan majoriti lebih 7,000 undi.

PRK 2019 Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng (MCA) kalahkan calon parti penyandang Haji Karmaine dari Bersatu (PH) dengan majoriti lebih 15,000.

Sampai di Parlimen, MP Cina sama ada MCA, DAP dan Gerakan akan perjuangkan pendidikan vernakular seperti SJKC dan UEC. Mereka akan perjuangkan hak tanah kampung baru, hak posisi strategik kerajaan, pilihan raya PBT, hak pemilikan itu dan ini.

Apa yang telah terjadi kepada Singapura dan Pulau Pinang? Apa yang telah terjadi dengan tanah reserve Melayu? Apa yang telah terjadi terhadap hak istimewa Melayu dan Bumiputera?

Bagaimana dengan insiden kebiadaban seumpama bendera terbaik? Bendera Jalur Hitam? Bendera bintang lima? Insiden hina YDPA? Insiden hina ATM? Insiden abu mayat pemimpin komunis?

Sampai bila mahu mengalah dan terus ditipu? Hujah logik mana yang disimpulkan? Hujah sejarah mana yang dipakai? Hujah al-Quran mana yang digunakan?

“Tidaklah layak seorang mukmin dipatuk oleh ular di lubang yang sama sebanyak dua kali”. Maksud Hadith riwayat Muslim.

Salam perjuangan,

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close