Pendapat

Tahniah PETRONAS, syarikat terbaik untuk bekerja bagi tahun 2022

PETRONAS syarikat berteraskan'people' dan percaya ia adalah aset terbesar

GAJI yang kompetitif bukanlah faktor utama kerana syarikat-syarikat gergasi minyak dan gas antarabangsa yang beroperasi di Malaysia menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi.

Namun, bagi saya ia sebenarnya terletak kepada fokus PETRONAS dalam membangunkan kemahiran modal insan, menyediakan suasana pekerjaan yang selamat dan selesa serta pelbagai skim dan inisiatif bagi menghargai para pekerja yang bertungkus-lumus berkorban demi syarikat dan negara.

Pendek kata, PETRONAS ialah syarikat yang berteraskan PEOPLE, dan kepimpinan tertinggi sentiasa percaya manusia ialah aset terbesar dan terpenting syarikat yang perlu diutamakan lebih dari keuntungan syarikat.

Pengajaran ini boleh kita aplikasikan dalam segenap aspek kehidupan apabila kita menjadi ketua dalam keluarga, masyarakat, NGO mahupun apa sahaja entiti yang melibatkan manusia

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button