Berita UtamaPendapatUtama

Anak sakit mental angkara ibu ketagih arak

Haramkan arak supaya tiada lagi masalah langgar maut kerana mabuk

INI kisah benar. Seorang pesakit saya baru di usia 33 tahun. Seorang wanita. Masalah mental yang sangat kritikal. Berjumpa dengan pakar/psychiatrist sebulan 2 kali sudah hampir 6 tahun.

Bila saya kaji semula sejarah hidup dia untuk cuba fahami, baru saya dapat tahu punca masalah sebenarnya. Dia dibesarkan oleh seorang ibu yang mempunyai masalah ketagihan arak atau alkohol yang sangat dahsyat.

Ibu bapa bercerai ketika usianya dua tahun. Dia dibesarkan oleh ibunya. Pada usia empat tahun dia pernah di “siram” dengan air panas oleh ibunya, ketika itu ibunya dalam keadaan mabuk. Kerap kali dipukul oleh ibunya, juga ketika dalam mabuk.

Dia tak dapat fokus pada pelajaran dan hidupnya tiada arah tuju. Pada usia 18 tahun, dia lari daripada rumah untuk tinggal bersama bapanya di Australia. Ibunya tinggal di New Zealand.

Walaupun dia dah punyai kehidupan baru, tapi kehidupannya dah “rosak teruk”.

Apa yang berlaku pada si gadis ini bukan salah ibunya. Naluri seorang ibu itu amat suci. Kalau bukan kerana arak atau alkohol yang telah merosakkan nilai-nilai murni seorang ibu, saya rasa masa depan gadis ini mungkin lebih cerah. Saya amat kesian padanya dan ingin sangat membantu, tapi apakan daya, “the damage is done”.

Saya pernah tulis sebelum ini pasal pengharaman arak (total wipe-off) di Malaysia dan kesan buruknya di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2494900950727970&id=100006242680206

Kenapa saya sangat anti dengan arak atau alkohol? Sebab saya dah lihat terlalu banyak masalah dan kesan buruk; kematian, kerosakkan, masalah rumah tangga, masalah kesihatan sebagainya. Lebih kesian bila ada insan lain yang tidak bersalah juga hancur kerana arak, seperti gadis ini.

Saya tak nak masalah yang sama timbul di Malaysia. Saya juga rasa masalah ini boleh kita hindari sekiranya arak diharamkan terus (buat, jual, minum) di Malaysia, dan saya tahu kerajaan boleh buat akta ni, nak tak nak je.

Saya rasa mungkin suara saya seorang sahaja tak mencukupi.

Saya nak mohon semua rakan-rakan FB yang prihatin, supaya kita sama-sama menaikkan isu pengharaman arak di Malaysia supaya tiada lagi masalah langgar maut kerana mabuk, kemalangan maut dan sebagainya kerana arak. Tak mustahil juga satu hari ahli keluarga atau kita sendiri mungkin kena langgar oleh orang mabuk.

Lets put a stop before too late.

Dr Shaiful Aizad
Ahli Isma Australia 

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close