Berita UtamaIstimewaUtama

Hasut benci Melayu, Guan Eng nak Cina perintah Malaysia

Ini tanah Melayu, tak perlu minta restu bangsa lain untuk berkuasa

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 17 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Lim Guan Eng cuba menghasut orang bukan Melayu supaya menolak rancangan penubuhan Pakatan Nasional, kerana mahu Malaysia diperintah orang Cina, kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Pemimpin gerakan Islam itu berkata demikian sebagai menyanggah kenyataan Setiausaha Agung parti tamak haloba, DAP itu yang menyifatkan penubuhan Pakatan Nasional – dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – sebagai berbahaya kepada cara hidup masyarakat di negara ini.

Abdullah Zaik menegaskan, orang Melayu tidak memerlukan ‘restu’ daripada bangsa lain untuk memerintah dan berkuasa, memandangkan Malaysia adalah tanah Melayu.

“Lim Guan Eng nakkan Malaysia ini diperintah oleh orang Cina, jadi dia cuba menghasut orang Cina dan kaum lain supaya menolak Pakatan Nasional,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN) menerusi Pakatan Nasional dikatakan akan menerajui kerajaan Persekutuan baharu yang didominasi orang Islam dan menimbulkan permusuhan terbuka dengan orang bukan Islam.

Katanya, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi.

Guan Eng berkata, bahaya itu dapat dilihat dengan jelas berikutan pengisytiharan tegas daripada pemimpin PAS bahawa mereka tidak mahu orang bukan Islam sebagai Menteri Kabinet terutama bagi jawatan utama seperti di Kementerian Kewangan, walaupun tidak ada larangan seperti itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Membidas kenyataan Guan Eng itu, Abdullah Zaik berkata, tidak pernah lagi berlaku penindasan ke atas kaum lain sepanjang kerajaan negara didominasi menteri Melayu dan Islam.

“Guan Eng kata orang Melayu memerintah, orang Melayu akan tindas bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Ini tidak pernah lagi berlaku.

“Sebaliknya, ia berlaku di negara China, apabila orang Cina mendominasi pemerintahan, yang ditindas dan dibunuh adalah orang Islam,” katanya.

Ini bukanlah pertama kali isu kesepakatan antara dua parti (UMNO-PAS) menjadi kegusaran kepada DAP, bahkan kerjasama itu pernah dituduh kononnya boleh menyebabkan permusuhan agama oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Kor Ming ketika PRK Cameron Highlands tahun lalu mendakwa, Malaysia akan menjadi Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya UMNO dan PAS membentuk kerajaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close