Berita UtamaUtama

Dakyah Kristian kepada pelajar di gereja Cameron Highlands?

Mereka juga aktif berdakyah kepada orang asli muslim, belum muslim

BANGI, 13 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung sekali lagi mendedahkan wujudnya gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia, kali ini membabitkan pelajar-pelajar muslim di Cameron Highlands.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau memuat naik beberapa gambar yang memaparkan – aktiviti-aktiviti dakyah termasuk poster – juga terpapar tulisan ‘Dakyah Kristian Korea bersama pelajar muslim di gereja Cameron Highlands’.

Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) kesal apabila mereka dengan bangga menayangkan usaha dakyah kerana mengikuti ajaran agama mereka.

Hakikatnya, beliau berkata, tindakan mereka ini telah melanggar Perlembagaan Persekutuan 11 (4).

“Mereka juga aktif berdakyah kepada orang asli muslim dan belum muslim.

“Bila muslim buat dakwah kepada orang asli yang merupakan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka bising dan kecoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Firdaus turut mendedahkan gerakan Kristianisasi yang menyasarkan golongan kanak-kanak Islam, dengan memuat naik satu video bertajuk ‘anak muslim menjadi sasaran pemurtadan pendakyah Kristian dari Korea Selatan di Malaysia.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan kumpulan warga Korea Selatan mengadakan aktiviti – didakwa bagi menyebarkan dakyah Kristian – menyasarkan kanak-kanak, termasuk yang beragama Islam.

Firdaus berkata, menerusi video berkenaan, program terbabit berkemungkinan berlaku di Perak berdasarkan baju yang dipakai kanak-kanak tertera Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi – iaitu di Tanjung Tualang.

PAUTAN BERKAITAN : https://www.ismaweb.net/2020/02/06/video-gerakan-kristiian-korea-selatan-sebar-dakyah-di-perak/

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker