Berita UtamaIstimewaUtama

‘Sekali DAP cengkam kuasa, mati hidup balik mereka takkan lepas’

DAP tak gentar dengan Tun, ugut keluar kerajaan jika tak ikut kehendak

BANGI, 12 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Walaupun parti cauvinis, DAP belum menguasai majoriti kerusi di Parlimen, tetapi dengan penjenamaan semula, strategi dan wajah baru, mereka sudah pun berkuasa, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.

Beliau berkata, parti rasis itu amat yakin bahawa cengkaman kuasa yang sudah mereka miliki, kini memang tak akan terlepas. 

Dek kerana itu juga, sebarang keputusan dan tindakan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini juga tidak digentari, katanya.

“Andaian saya ialah DAP tidak gentar pilihan apa sekalipun yang Tun M akan buat. Itu sebabnya ada di kalangan pemimpin mereka berani menjolok sarang tebuan, mengugut untuk keluar dari kerajaan jika kehendak mereka diingkari. 

“Percayalah, sekali DAP sudah mencengkam kuasa, mati balik hidup pun tak akan dilepaskannya.

“Mereka amat yakin, Melayu masih pendek akal. Selagi Melayu kekal pendek akal selagi itulah kuasa politik akan kekal dicengkam erat olehnya,” katanya dalam satu rencana, hari ini.

Beliau berkata, DAP mempergunakan pola pemikiran orang Melayu yang amat mudah dipengaruhi dengan persepsi, kebencian dan kesempitan kehidupan.

“Cerita rasuah, terutamanya yang terpalit dengan 1MDB akan terus berlegar membina kebencian melampau orang Melayu terhadap semua pemimpin Melayu, ibarat seekor kerbau mmembawa lumpur, semua dipalitnya. 

“Agenda kebencian ini giat mereka bina di kalangan pengundi Melayu untuk menolak pemimpin Melayu, kononnya mereka itu pentingkan diri, duduk asyik berlaga sesama sendiri bermain catur siapa bakal PM kelapan, lantas tidak mempedulikan nasib rakyat yang kian sengsara dek ekonomi yang semakin lembap,” katanya.

Bukan itu sahaja, dalam arena ekonomi pula, katanya, tatkala semua institiusi politik Melayu sibuk dengan percaturan PM kelapan, baik di blok kerajaan mahupun blok pembangkang, mereka tiada masa untuk mengambil peduli kerosakan yang sengaja dilakukan ke atas begitu banyak institusi ekonomi kepentingan orang Melayu. 

“Banyak tangan-tangan kotor yang merosakkan institusi ini, termasuk di kalangan tangan-tangan orang Melayu sendiri. Tiada seorang pun pemimpin Melayu ambil peduli.

“Cukup licik cara mereka nak memiskinkan Melayu. Bila institusi-institusi ekonomi yang begitu banyak dibina runtuh satu per satu dan yang masih hidup ditukarkan kiblatnya dari melaksanakan tiga teras DEB (pengwujudan peluang pekerjaan, pengwujudan peluang bisnes dan pengwujudan peluang pemilikan ekuiti), menjadi agensi untuk buat keuntungan kepada kerajaan, maka Melayu akan mengemis ikhsan dari DAP. 

“Nak mendapatkan pekerjaan, kenalah ikut terma dan syarat mereka, maka kelulusan UEC misalnya, akan menjadi keutamaan. 

“…itu semua mampu kerajaan PH lakukan selagi DAP berkuasa. DAP dah ada formulanya, asalkan orang Melayu dapat dikekalkan untuk pendek akal,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close