Berita UtamaPendapatUstaz Mohd Hazizi Abdul RahmanUtama

Isu kerajaan pintu belakang

Kini peluang ketepikan kepentingan parti, utamakan Islam

MUTAKHIR terbongkar perbincangan mengenai rancangan penubuhan kerajaan pintu belakang.

Saya rasa terpanggil untuk komen pasal perkara ini, sebab saya perhatikan ada perbezaan pendapat yang agak kuat. Ada yang setuju dengan pembentukan pakatan baharu yang menggabungkan PPBM, UMNO, PAS, GPS dan lain-lain. Ada yang tak setuju.

Saya berpegang bahawa asas pendirian menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini ialah dominasi bukan muslim, atau ungkapan yang paling ringan ialah kerajaan yang muslim tidak dominan.

Bagi sebuah negara majoriti muslim, berdirinya sebuah kerajaan yang muslim tidak dominan adalah satu kemungkaran. Bagaimanapun, saya tidak bercadang menghurai hujah syarak tentang kemungkaran ini. Mungkin di kesempatan lain.

Mungkar perlu ditamatkan sesegera mungkin, tanpa mengundang mungkar atau kemudaratan yang lebih besar.

Kerajaan ini perlu ditamatkan menurut peruntukan undang-undang dan perlembagaan. Cara menubuhkan kerajaan baharu melalui pembentukan pakatan politik yang baharu, masih berada dalam lingkungan undang-undang dan perlembagaan.

Tidak semestinya perlu tunggu Pilihan Raya ke-15, jika Perdana Menteri enggan bubar parlimen.

Sebahagian mengatakan kaedah pintu belakang ini tidak bermaruah. Bagi saya kerajaan yang muslim tidak dominan itu lebih tidak bermaruah.

Hakikatnya umat Islam diinjak-injak maruahnya di bumi sendiri sejak puak minoriti berkuasa.

Ada yang mengatakan ini masuk perangkap Dr Mahathir.

Bagi saya Dr Mahathir tidaklah bijak dan kuat mana sekarang ini. Dia sudah menemui jalan buntu dalam menundukkan DAP.

Dia juga gagal mendapatkan anggota Parlimen UMNO agar melompat ke PPBM kecuali segelintir. Dia sudah tidak boleh ke hadapan, atau ke belakang.

Dia juga terdesak untuk mengetepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masa tidak menyebelahinya.

Kita semua tahu akibat yang lebih buruk jika Anwar jadi PM; negara akan menjadi semakin liberal sekular, walaupun negara di bawah Dr Mahathir sekarang tidaklah semakin baik keislamannya.

Oleh itu, situasi ini adalah peluang untuk mengetepikan kepentingan parti dan mengutamakan kepentingan umat Islam.

Namun ada yang masih berada dalam kepompong kepartian melampau atau taksub parti, sehingga menganggap kerjasama dengan Tun sebagai satu ketulahan dan pengkhianatan.

Ada yang mengatakan Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan kroni dan anak pinak.

Saya rasa, kita perlu rasional dengan realiti sekarang. Hampir semua orang politik yang memegang kuasa memang membela kroni.

Sama saja. Ini nak menimbang antara buruk dengan buruk. Bukan antara baik dan buruk. Eloklah sedar diri.

Implikasi sesuatu keadaan dan tindakan itu yang perlu benar-benar diteliti.

Niat masing-masing untuk mengejar kepentingan peribadi adalah keburukan yang perlu ditanggung demi menolak keburukan yang lebih mudarat iaitu dominasi kafir, selagi implikasi tindakan menubuhkan kerajaan pintu belakang ini dapat menamatkan situasi mungkar itu.

Kita masih berdepan dengan segelintir anasir yang masih ego dan taksub kepartian.

Inilah budaya dan minda yang telah terbukti menyebabkan muslim hilang dominasi kuasa di negara ini setelah lebih 60 tahun berkuasa.

Jika DAP yang memaki hamun Dr Mahathir berpuluh tahun akhirnya boleh berkompromi untuk mendapatkan kuasa, saya rasa UMNO dan PAS lebih berhak untuk berkompromi dengan Tun untuk merentap kuasa daripada DAP dan menamatkan situasi hina umat Islam sekarang.

Ustaz Hazizi Ab Rahman 
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close