Berita UtamaKolumnisUtama

DAP ancam nak keluar dari PH, satu jenaka Tahun Tikus!

Parti-parti politik rasis cauvinis Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan hanyalah 'tunggangan' politik untuk menjayakan agenda Dong Jiao Zong

PARTI rasis cauvinis DAP hanya bersuara sebagai proksi kepada Dong Jiao Zong yang Tun Dr Mahathir sifatkan sebagai rasis. Parti-parti rasis cauvinis lain berasaskan kaum Cina seperti MCA dan Gerakan juga akan sepakat dengan pendirian DAP.

Gerakan sudah keluar BN. MCA sudah berkali-kali mengancam untuk keluar BN sebelum ini atas pelbagai alasan.

Satu persoalan yang segera timbul: Adakah DAP serius dan berani untuk benar-benar keluar dari kerajaan PH sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf Sijil UEC? Ataukah parti rasis cauvinis itu hanya sekadar memancing reaksi rakyat bagi pihak ‘tuan besar’ nya iaitu Dong Jiao Zong?

Sebelum apa-apa, pembaca perlu sedar selalu bahawa isu pengiktirafan Sijil UEC bukan agenda asal perjuangan parti rasis cauvinis DAP. Ia adalah antara agenda utama perjuangan Dong Jiao Zong.

Parti-parti politik rasis cauvinis Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan hanyalah ‘tunggangan’ (vehicle) politik untuk menjayakan agenda Dong Jiao Zong.

Lihat sahaja pendirian dan sikap mereka di dalam isu pengenalan tulisan Jawi dan Seni Khat di sekolah-sekolah vernakular Cina khususnya. Semua parti politik rasis cauvinis Cina berdiri teguh di belakang Dong Jiao Zong.

Di kalangan masyarakat Cina di negara ini, pembabitan aktif Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) dalam memperjuangkan pendidikan bahasa ibunda, tidak lagi asing bagi mereka.

Sehingga tahun 2018, terdapat 60 buah sekolah persendirian Cina dengan pendaftaran seramai 66,723 pelajar atau tiga peratus (3 peratus) pelajar sekolah menengah Malaysia.

Mana-mana parti politik perkauman Cina di Malaysia tidak akan dapat melangkah walau setapak pun ke hadapan sekiranya mereka tidak memperjuangkan agenda Dong jiao Zong. Perbezaan yang wujud di antara mereka hanyalah dari segi strategi dan sekuat atau segarang mana mereka menyuarakan kepentingan-kepentingan Dong Jiao Zong.

Dong Jiao Zong tidak perlu terjun ke gelanggang politik sebab terdapat banyak parti-parti politik yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut untuk mereka.

Berbalik kepada isu DAP mengancam nak keluar dari kerajaan PH, semua rakyat tertunggu-tunggu untuk melihat parti rasis DAP membuktikan kejantanannya.

Dari segi realiti politiknya, DAP memiliki 42 orang ahli Dewan Rakyat (ahli Parlimen) dan 108 orang wakil di Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia.

Parti rasis cauvinis itu juga mempunyai enam orang pemimpin berjawatan menteri dan enam orang timbalan menteri, menjadikan jumlah pemimpinnya di dalam Kabinet kerajaan seramai 12 orang.

Ini belum lagi dikira pemimpin-pemimpin mereka yang memegang jawatan-jawatan lantikan politik, agensi-agensi Kerajaan Pusat dan negeri, dalam GLC dan majlis-majlis perbandaran di setiap negeri.

Secara logiknya, adakah para pembaca fikir DAP akan memeneruskan ‘ancaman’nya?

Pada pandangan saya, terdapat beberapa faktor yang tidak akan memungkinkan DAP tidak akan bertindak sebagai anak jantan. Antaranya:

SATU – DAP hanya menyuarakan pendirian tegas tuan politiknya iaitu Dong Jiao Zong, yang merasa terpukul dengan beberapa perkara yang dianggap mencabar kemerdekaan, kebebasan, pengaruh dan otoritinya ke atas sekolah-sekolah vernakular dan persendirian/swasta Cina dari segi kawalan sukatan pelajaran sekolah-sekolah ini.

Mereka telah gagal dalam tuntutan mereka supaya sijil UEC mereka diiktiraf oleh kerajaan dan juga dihalang dari mengadakan Kongres Perkauman mengenai tulisan Jawi dan Khat akibat bantahan dan tekanan rakyat. Maka solusi yang lebih ‘agresif’ adalah melalui agen atau proksi mereka iaitu DAP. MCA dan Gerakan tidak ada kelayakan dan sokongan akar umbi untuk menjayakan misi penting ini.

DUA – Ini adalah satu peluang dan kesempatan untuk DAP mempersaksikan kekuatan politiknya pasca-PRU14, meskipun Kerajaan PH telah kalah dalam banyak pilihanraya kecil setelah berjaya menjadi pemerintah. Yang kalah adalah PH, bukan parti DAP kerana dominasinya tetap tidak terjejas, meskipun persepsi umum menampakkan sebaliknya.

Kenyataan Nga Kor Ming bukan satu pandangan peribadi, tetapi mewakili pendirian parti dan setakat pemerhatian saya, tidak ada mana-mana pemimpin DAP lain yang menyuarakan bantahan mereka. Lihat sahaja komposisi mereka dalam kerajaan Pusat dan Negeri serta kenyataan-kenyataan mereka yang menyanggah kenyataan-kenyataan para pemimpin lain dari parti-parti komponen PH. Kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri pun disanggah mereka dalam isu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

TIGA – Sehubungan dengan faktor kedua di atas, tindakan DAP ini adalah satu ‘gertakan’ atau ‘peras ugut’ secara halus supaya Kerajaan PH jangan meremehkan kekuatan DAP, yang dari segi nisbah kekuatannya adalah yang paling tinggi berbanding semua parti komponen dalam kerajaan PH dan juga dalam blok parti-parti pembangkang.

Percubaan yang serupa pernah dilakukan (pada peringkat vokal sahaja, dan bukannya tindakan) oleh parti MCA terhadap Barisan Nasional, baik di zaman memerintah mahupun ketika BN menjadi pembangkang. Pelik dan ironi sekali, MCA yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan yang signifikan begitu berani menyuarakan pendirian mereka untuk keluar dari BN beberapa kali, dan juga boleh memberi ‘kata putus’ untuk keluar dari BN jika calonnya tidak dipilih untuk bertanding di Pilihanraya Parlimen Tanjung Piai tahun 2019 sebelum ini.

‘Gertakan halus’ ini akhirnya berjaya mencapai matlamatnya, meskipun ahli-ahli UMNO menolaknya dan para pemimpin besar UMNO bagai diperbodohkan dan dimalukan di khalayak orang-orang Melayu.

Sekiranya MCA yang sangat kecil bilangan wakil rakyatnya boleh menundukkan parti Melayu UMNO dan memperdayakan parti Islam PAS, apakah DAP tidak boleh berbuat lebih dahsyat dari MCA? DAP kelihatannya sangat konfiden dengan kekuatan diri sendiri dan sokongan massa (dari majoriti bangsa Cina) terhadap parti itu.

EMPAT – Testimoni bahawa parti rasis cauvinis DAP ini adalah teman politik yang tidak jujur dan tidak boleh dipercaya langsung. Parti-parti politik manakah yang pernah ber’sahabat’ dan ber’tahaluf’ dengannya yang tidak pernah berakhir kecuali dengan pengkhianatan, perpecahan dan kelumpuhan ketika DAP berada di blok pembangkang?

Apakah yang mampu menghalang berulangnya sejarah yang serupa di saat DAP kini berada di pihak yang sedang mendominasi kerajaan hari ini?

Perjuangan puluhan tahun untuk menikmati manisnya kuasa dan enaknya singgah sana kekuasaan itu boleh menjadikan seseorang pemimpin atau sesebuah parti politik semakin angkuh dan sombong. Ini akan mendorong kepada perbuatan melakukan kezaliman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penghalang kepada hasrat dan impian azali mereka, hatta terhadap rakan seperjuangan.

Kejayaan ini akan menjadi semakin lazat dan nikmat apabila terdapat mana-mana kumpulan dari kalangan umat Islam atau bangsa Melayu taksub yang sudi dan bersegera menjilat peluh-peluh mughallazah dari ketiak parti rasis cauvinis DAP ini.

DAP telah melepaskan anak panah ‘gertakan’nya dari busur rasis cauvinisnya.

Maka kita sambut ‘gertakan’ ini dengan me’lempar’kan satu cabaran pula kepada parti yang angkuh ini:

“Kalau kamu seorang anak jantan yang berani, kami mencabar kamu supaya bukan sahaja keluar dari Kerajan PH, tapi juga meletak semua jawatan sebagai ahli-ahli Parlimen dan ADUN serta semua jawatan yang bersifat lantikan politik di agensi-agensi Kerajaan Pusat dan Negeri, dalam GLC dan majlis-majlis perbandaran serta merta.

Jangan berhenti setakat suara garang sahaja.

Tikus Wuhan pun akan tertawakan kamu!

********************************************

Rujukan:

1. https://www.malaysiakini.com/news/12242

2. https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2900240983353274

3. https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2830909346933057

4. http://h**p://selamatkanpahang.bl*gsp*t.c*m/2019/12/penentangan-dong-zong-jiao-zong.html

5. https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/3163234113701792?__tn__=-R

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close