Berita Utama

Dakwaan lelaki warga India mati sebab coronavirus palsu

Tidak ada dalam senarai notifikasi atau kes positif yang dilapor ke KKM

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Berita mengenai seorang lelaki warganegara India berusia 23 tahun yang kononnya meninggal dunia di Malaysia akibat 2019 novel coronavirus adalah palsu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya menegaskan, tiada warganegara India direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan coronavirus di Malaysia.

“Berdasarkan maklumat yang diterima sehingga 6 petang semalam, lelaki warganegara India berumur 23 tahun seperti yang dinyatakan dalam berita itu tidak ada dalam senarai notifikasi dan kes-kes positif yang dilaporkan kepada KKM,” menurut catatan itu.

Menurut sebuah portal berita di India, datuk kepada lelaki warga India itu menerima panggilan daripada pihak berkuasa Malaysia pada Rabu, yang memaklumkan kematian cucunya disebabkan oleh coronavirus. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close