Berita UtamaUtama

Wabak wu wabak wa

Kamera pengesan haba dipacak,
Mana yang lalu diamati satu persatu,
Semua pintu masuk dikawal ketat,
Rupanya,
Manusia memang takut mati,
Mereka pasti tidak mahu bertemu,
Warga wuhan,
Apatah lagi berjabat tangan,
Takut terjangkit virus maut,
Manusia takut mati.

Wu,
Bukti besarnya Tuhan,
Nanonya kamu,
Kalut dunia bila kau muncul,
Di celah warga berselera pelik,
Hawa pada ular dan kelawar,
Sampai korona berpindah dan bermutasi,
Tanpa tanda ramai mati,
Tak muat katil ,
Sampai China bina hospital kedua.

Wa,
Maka benarlah kini kita di akhir zaman,
Kerana jelas penyakit wahan,
Cintakan dunia,
Takutkan mati,
Berjuang untuk hidup selamanya,
Terlupa setiap saat Izrail menanti.

Dalam kewuhanan dan kewahanan,
Tauke farmasi ambil kesempatan,
Sanitizer sama topeng muka pasti laku,
Cross sale sekali sama Vitamin C,
Simpan stok sampai wabak reda,
Hingga wabak seterusnya pula melanda,
Untuk kesekian kalinya,
Membadai manusia yang masih berwahan,
Lupa tuhan.

Mimi Musa
Unit Biro Seni Budaya ISMA
26 Januari 2020
Setelah pesakit keempat dikesan di Malaysia

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close