Berita UtamaUtama

ISMA Gombak sedia bekerjasama bendung penularan Syiah

Percaya pertambahan bilangan kumpulan kerana diberi bantuan

BANGI, 4 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan bagi membendung penularan gerakan ajaran Syiah dalam komuniti daerah di Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat ISMA Gombak, Imran Harith Azmy berkata, pihaknya memandang serius perkembangan tersebut serta menyifatkannya sebagai satu ancaman akidah kepada masyarakat muslim Selangor, terutamanya yang tinggal di daerah Gombak dan sekitarnya.

“Menurut MAIS, gerakan ajaran Syiah di negeri Selangor dilihat semakin meluas dan membimbangkan. Pada masa yang sama, daerah Gombak terkenal sebagai antara sarang terbesar dan ‘tersubur’ bagi ajaran Syiah di Malaysia.

“Justeru, pihak kami akan merangka inisiatif dan program terutamanya berbentuk kesedaran massa supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Syiah,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Semalam, Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mengesan wujudnya pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor.

Katanya, dari semasa ke semasa, ajaran Syiah dilihat semakin kuat dan makin bercambah.

“Sekiranya dahulu mungkin kita kesan hanya dua atau tiga pusat kegiatan (ajaran Syiah) sahaja di Selangor, tetapi sekarang ini, ia telah bertambah mungkin ada 14 ke 15 (pusat) di beberapa tempat seperti Puchong, Gombak dan Klang,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya percaya pertambahan bilangan kumpulan dan pengikut Syiah itu ekoran wujudnya bantuan dari pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan serta aktiviti seperti pada hari-hari tertentu mereka mengadakan sambutan bagi ajaran itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close