Berita UtamaUtama

FMT disyor kaji hakikat sebenar di sebalik sejarah negara

Dakwaan orang Cina pemain utama bangunkan negara satu penyelewengan fakta

BANGI, 4 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Portal berita Free Malaysia Today (FMT) disyorkan untuk mendedahkan lebih banyak fakta, bukan sekadar menulis ‘muka hadapan’ sahaja, kata Amir gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel berbahasa Inggeris yang disiarkan oleh FMT semalam, dari penulis bernama A Kathirasen bertajuk ‘Cheers To Chinese Contribution To Malaysia’s Growth’.

Dalam artikel berkenaan, penulis berkata: “Hari ini juga, orang Cina terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, terutamanya dalam ekonomi. Sekiranya semua orang Cina meninggalkan negara ini esok, Malaysia akan mengalami masalah besar susulan banyak perniagaan dijalankan oleh mereka dan sebahagian besar daripada hasil cukai kerajaan berasal daripada mereka.”

“Semua penjawat awam sepatutnya memikirkan perkara ini, dan juga yang lain, terutamanya mereka yang menyuruh orang Cina untuk pergi jika mereka tidak gembira di Malaysia.”

Mengulas artikel terbitan portal liberal itu, Ustaz Abdullah Zaik berkata, FMT sewajarnya mendedahkan bagaimana asal usul orang Cina boleh menguasai perniagaan dan orang Melayu terpaksa menetap di kampung.

“Siapa dalang di sebalik realiti yang perit ini berlaku. Takkan kaum pendatang yang datang cari rezeki di negara orang tiba-tiba jadi kaya, manakala penduduk asal yang mulanya kaya-raya tiba-tiba jadi miskin.

“Kaji dan dedahkan hakikat sebenar yang berlaku di sebalik sejarah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, dakwaan orang Cina menjadi pemain utama membangunkan negara adalah satu bentuk penyelewengan fakta akibat dari pentafsiran yang menyeleweng kepada sejarah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close