Berita UtamaUtama

Ayuh terus desak kerajaan tolak UEC, saksikan DAP keluar kerajaan

Tindakan Kor Ming mengugut tunjukkan parti itu memang kuasai PH

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 4 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Seluruh rakyat diseru untuk terus mendesak kerajaan agar tidak melayan nafsu parti tamak haloba, DAP yang mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata demikian ekoran kenyataan sombong Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang mengugut partinya akan keluar dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Putrajaya enggan mengiktiraf UEC.

Aminuddin berkata, kenyataan Kor Ming itu sekali lagi menunjukkan keangkuhan DAP terhadap pimpinan gabungan parti pemerintah PH terutamanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bahkan, kenyataan beliau juga seolah-olah mengugut semua pimpinan PH termasuk perdana menteri supaya akur dengan pandangan DAP. 

“Ini bukan kali pertama pimpinan DAP berlagak sombong sebegini tanpa menghormati pimpinan Majlis Presiden PH.

“Sebab itulah dari awal lagi rakyat mengatakan bahawa kerajaan hari ini dikuasai oleh DAP. Keberanian membuat kenyataan seperti ini menunjukkan memang DAP mempunyai kuasa yang besar dalam PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kor Mong seperti dilapor Oriental Daily berkata, DAP akan keluar dari kerajaan PH jika Putrajaya enggan mengiktiraf UEC.

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf. Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” katanya.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, sikap sombong dan tidak mengendahkan perbincangan membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan, keharmonian serta sensitiviti kaum lain.

Tetapi, kata beliau, sebaliknya mereka melambangkan sebuah parti yang hanya menimbulkan perpecahan dan harus ditolak oleh rakyat.

Beliau menegaskan, rakyat sudah jelas akan kepincangan di dalam sistem UEC yang akhirnya akan menyebabkan pecah-belah tetapi DAP tidak mengambil kisah.

“Saya percaya rakyat mendesak untuk kerajaan terutama perdana menteri untuk terus menolak UEC dan membiarkan DAP keluar dari PH supaya dengan itu kerajaan baru boleh ditubuhkan dengan gabungan-gabungan parti lain, jika perlu.

“Ayuh rakyat semua, kita terus mendesak kerajaan agar tidak melayan nafsu DAP yang mahu mengiktiraf UEC. 

“Biar kita lihat, adakah DAP benar-benar keluar kerajaan?,” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close