Berita UtamaPendapatUtama

PETRONAS diiktiraf dunia

Tan Sri Wan Zul tersenarai 100 tokoh global terbaik

1. TAHNIAH Tan Sri Wan Zul kerana dinobatkan sebagai satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari ASEAN yang tersenarai dalam 100 tokoh global terbaik Brand Guardians 2020.

2. Beliau juga adalah satu-satunya CEO syarikat minyak dan gas dari Asia yang menerima pengiktirafan penuh berprestij ini dari badan penilai terkemuka dunia, Brand Finance.

3. Pengiktirafan ini membuktikan kehebatan dan ‘consistency’ PETRONAS dalam mencipta nama di peringkat dunia. Ternyata gelaran juara dunia Formula 1 enam kali berturut-turut bukannya kebetulan atau tidak dijangka, sebaliknya merupakan bukti kepimpinan dan competency di setiap peringkat dalam syarikat multi-nasional ini

4. PETRONAS turut diiktiraf sebagai jenama paling berharga ASEAN dalam Global 500 dengan pertumbuhan nilai jenama tertinggi sebanyak ASD 15.2 bilion.

5. Saya meyakini seluruh rakyat Malaysia bersetuju dengan pengiktirafan dunia ini berdasarkan pengalaman ‘direct’ mereka di stesen-stesen minyak dan anak-anak syarikat PETRONAS yang lain.

6. PETRONAS tidak pernah gagal menyentuh hati dan jiwa kita semua. Papan ‘billboard’ gergasi, pelbagai program kemasyarakatan (corporate social responsibility) yang ditaja serta iklan atau filem pendek sempena perayaan utama di Malaysia sentiasa membuatkan kita bangga.

7. Anak-anak kecil sentiasa menyebut namanya. Para graduan tidak sabar-sabar ingin bekerja dan menyarung pakaian seragamnya. Pesaing industri pula sentiasa mencari formula rahsianya.

8. Kini segalanya bukan lagi rahsia. Pemimpin tertinggi PETRONAS yang diiktiraf dunia adalah ‘success factor’ yang dicemburui semua. Kepimpinan beliau yang dibudayakan pada setiap peringkat syarikat amat dirasai impaknya oleh setiap orang staf.

9. Alhamdulillah saya amat bersyukur menjadi salah seorang daripada mereka.

10. Semoga PETRONAS terus maju jaya untuk negara, bangsa dan agama.

Ir Muhammad Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close