Artikel Khas

Fokus jana pendapatan B40 agenda utama calon Pejuang DUN Semambu

Harga barang makin naik, kesan pada peniaga dan pengguna

ALHAMDULILLAH saya sempat beramah mesra dengan pengunjung pasar malam Tanjung Pasir sambil memperkenalkan Berjasa, GTA dan logo Pejuang.

Sempat juga saya mendengar sendiri keluhan dan keresahan mereka.

Dengan harga barang yang semakin meningkat, peniaga tidak dapat mengelakkan untuk menaikkan harga, dan pengguna tiada pilihan melainkan terpaksa membeli dengan harga yang semakin mahal atau tidak membeli. Kesannya hasil jualan peniaga semakin terjejas.

Memperkasakan penjanaan pendapatan di kalangan golongan B40 dan M40 adalah antara yang akan diberi fokus sekiranya saya menjadi wakil rakyat N13 DUN Semambu ini.

Justeru pengundi N13 DUN Semambu, pesanan ringkas saya.

Pilih Calon No 4 Pejuang
Dr Rashidah Abd Rahman

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button