Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Penduduk haram Israel dilarang masuk Arab Saudi

Hanya jemaah haji, peniaga dibenar masuk dengan syarat tertentu

RIYADH, 3 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Penduduk negara haram Israel dilarang melawat Arab Saudi, kata Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan, semalam.

Perkara itu diumumkan sehari selepas Tel Aviv membuat keputusan membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke Arab Saudi dalam keadaan tertentu.

Pada Ahad, pihak berkuasa Israel dalam satu kenyataan berkata, Menteri Dalam Negeri Arye Dery telah menandatangani arahan membenarkan penduduk haram melawat Arab Saudi sama ada untuk kepentingan agama atau perniagaan, dengan syarat mereka dijemput dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Walaubagaimanapun, CNN memetik kenyataan Putera Faisal bahawa Aab Saudi tidak mempunyai hubungan dengan Israel dan pemegang pasport Israel tidak boleh melawat negara itu buat masa sekarang.

Menurut arahan Kementerian Luar Negeri Israel, hanya dua kumpulan yang dibenarkan melawat Arab Saudi.

Kumpulan pertama adalah muslim Arab-Israel yang ingin menunaikan ibadat haji dan umrah di kota suci Makkah.

Selain itu, kumpulan kedua pula terdiri daripada penduduk haram yang berkeinginan untuk pergi ke Arab Saudi dan tinggal di sana atas sebab-sebab perniagaan dan pelaburan.

Namun tempoh untuk tinggal di sana adalah diterhadkan selama 90 hari.

Kumpulan ini memerlukan pemeriksaan pihak berkuasa Arab Saudi sebelum memasuki negara berkenaan.

Malah, pengkritik berpendapat bahawa hubungan Arab Saudi dan Irael akan menjejaskan usaha global untuk memulaukan atau memboikot Israel, selain mengakibatkan keadaan di Palestin semakin kritikal.

Setakat ini, undang-undang Israel mengharamkan penduduknya dari melawat negara-negara Arab, termasuk Arab Saudi kecuali dengan keizinan Menteri Dalam Negeri, malah lawatan ahli perniagaan Yahudi telah dilakukan secara rahsia.

Israel mempunyai hubungan diplomatik hanya dengan dua negara Arab, iaitu Mesir dan Jordan, namun laporan terkini rejim pengganas itu bercadang untuk mengadakan hubungan sama dengan negara Arab lain seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Pada masa sama, Riyadh telah memperluas hubungan rahsia dengan Israel di bawah kuasa diraja Putera Mohammed Salman, iaitu anak Raja Salman.

Putera Mohammed dan Israel mempunyai pendapat sama untuk menentang pengaruh Iran yang semakin meluas di Timur Tengah. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close