Berita UtamaDunia

Kes ke-5 jangkitan coronavirus di Singapura

Wanita warga China sah positif wabak Wuhan, dirawat di NCID

SINGAPURA, 3 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan kes kelima jangkitan novel coronavirus di negara itu, membabitkan warga China.

Dalam kenyataan terkini, kementerian berkenaan berkata, mangsa adalah wanita berusia 56 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura bersama keluarganya pada 18 Januari.

Wanita berkenaan mengalami ‘asymptomatic’ (tidak menunjukkan sebarang simptom) ketika menaiki pesawat ke Singapura, bagaimanapun dikatakan mengalami simptom jangkitan coronavirus sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tan Tock Seng pada 26 Januari lalu.

Beliau ketika ini sedang dirawat di bilik isolasi di National Centre for Infectious Diseases (NCID) dan keadaannya stabil.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata, pada awalnya wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai kes suspek dan terus diasingkan di NCID, dan keputusan ujian berikutnya mengesahkan jangkitan coronavirus Wuhan pada 27 Januari.

Bagimanapun didapati tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan lain-lain kes jangkitan import yang disahkan sebelum ini.

Sebelum dimasukkan ke hospital, kementerian itu berkata, wanita berkenaan tinggal bersama dengan keluarganya di Ceylon Road.

Kementerian telah memulakan penyiasatan epidemiologi dan sedang berusaha mengesan individu yang mempunyai kontak dengan wanita berkenaan.

Setakat pagi ini, 62 kes suspek disahkan negatif bagi koronavirus Wuhan, dan empat disahkan positif, manakala kes kelima disahkan pada kira-kira jam 2.00 petang. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close