PendapatUtama

Sekat pelancong China, rugikan kapitalis judi

1) DATA pelancongan pada tahun 2018 menunjukkan pelancong China menyumbang RM12.3 bilion kepada ekonomi Malaysia (tidak termasuk aktiviti ekonomi gelap)

2) Secara purata 2.9 juta jumlah pelancong (tidak termasuk yang tidak sah), membelanjakan RM4200 setiap seorang menurut Maybank Kim Eng. 

3) Sektor yang menjadi pilihan adalah sektor hiburan di mana tempat seperti kasino dan pusat-pusat judi menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong China ini.

4) Bayangkan sekiranya kerajaan menyekat pelancong dari China ini kerana wabak Koronavirus? Siapa yang akan paling terkesan?

5) Sudah tentulah (paling terkesan) para peniaga dan taikun-taikun Cina daripada Syarikat-syarikat Pelancongan, Perhotelan, Syarikat-syarikat judi (legal dan illegal). Hal ini kerana, perbelanjaan terbesar pelancong-pelancong China ini pergi ke sektor-sektor terbabit.

6) 3 player besar perjudian dan pusat hiburan di Malaysia, Genting Bhd, Berjaya Sports Toto serta Magnum yang mempunyai nilai pasaran hampir ratusan bilion, keuntungan puluhan bilion, ratusan syarikat subsidiari, puluhan ribu pekerja, anda bayangkan, how much leverage they have on our current government? Itu belum termasuk lagi pemain-pemain lain secara legal dan illegal?

7)Tolak ketepi sama ada mereka ini kroni Tun Mahathir atau tidak, jika mengunakan hujah kroni sahaja, saya rasa tidak mencukupi untuk memberi justifikasi tindakan ‘bunuh diri’ ini. 

8) Hakikatnya kerajaan pimpinan kelompok ‘Melayu anglophile’ ini membela taikun-taikun Cina ini sejak dari dulu. Segala polisi yang digubal kita lihat banyak menguntungkan mereka kerana kuasa kapital yang mereka ada boleh menekan ‘kerajaan’ supaya tunduk menjadi boneka.

9) Apa lagi boleh buat? inilah ‘Malaysia Baru’ anda. Jika Barisan Nasional kembali memegang tampuk pemerintahan sekalipun, mereka juga tidak berupaya buat apa sangat. Terpaksa tunduk akhirnya kepada kapitalis-kapitalis Cina ini.

Penganalisis IRIS Institute, Asyraf Farique

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close