Berita Utama

SD sudah cukup: Sanusi

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN tidak maklum jumlah SD diperoleh

BANGI, 25 Jamadilakhir 1445H, Ahad – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara tersebut termasuk jumlah SD yang diperoleh.

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya mengulas mengenai SD untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Kenyataan media bertarikh 6 Januari tular mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Seri Paduka Baginda.

Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button