Berita UtamaPendapatUtama

Betapa kotornya warga China…

Guru bahasa Jerman cerita pengalaman mengajar 3 bulan di Tanah Besar

TALI KAPAL – Virus Wuhan ke, virus Corona ke, virus Corolla Altis ke, sikit pun aku tak heran, sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik-pelik ni.

Pengalaman aku berada selama 3 bulan mengajar bahasa Jerman di Universiti Zhengzhou, Provinsi Henan di China cukup menunjukkan betapa pengotornya depa ni.

Tandas awam di Universiti Zhengzhou amatlah kotornya. Tahi bersepah-sepah atas lantai. Air memang takde. Semua tingkat daripada tingkat 1 sampai tingkat 6 semuanya kotor penuh najis.

Aku tiap-tiap hari terpaksa berkayuh basikal semata-mata nak buang air di apartmen aku 8 kilometer jaraknya pergi balik.

Naya betul. Tandas kotor ya amat-amat. Boleh terbau dari jarak 2 marhalah. Sisa “uranium plutonium” tu ada di mana-mana saja. Rasa macam nak pakai topeng muka di loji nuklear Chernobyl tu. Rasa geli sebab terpaksa menyedut udara tercemar.

Lepas tu tong sampah semua main campak saja. Situlah sisa makanan. Situlah kertas. Situlah juga tuala haid wanita tu.

Boleh nampak kot darah haid tu kat situ. Ngeri woi. Aku nengok sendiri. Jijik. Tapi tu la sekor pun dalam kelas tu baik laki baik pempuan sama-sama naik, sama johan, sikit pun tak rasa jijik atau kotor tengok benda-benda gitu. Masuk tandas macam hidung tu dah kebal tak rasa apa-apa. Sajanya yang pelik.

Kalau ke shopping mall di Zhengzhou tu aku terpaksa pergi ke tingkat 8 ke atas. Sebabnya kawasan tu kurang orang datang. Jadi itulah yang agak bersih. Aku rasa tahap kebersihan tandas dia ni ibaratnya macam tandas di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) yang paling kotor jadi tandas yang paling bersih di Zhengzhou.

Serius. Aku 3 bulan memerhati saja. Dalam pesawat pun sama kotor. Hancing sesaja. Kuat pulak tu baunya.

Lepas tu kalau dalam kelas aku rasa nak termuntah bila sesi soal jawab. Sebabnya bila sesi soal jawab depa masing-masing angkat tangan. Maka terserlahlah bulu ketiak masing-masing yang panjang 2 hingga 3 depa mengalahkan berus lukisan nak buat lukisan abstrak, Jackson Pollock.

Dah la gitu tak mandi pulak. Depa punya bulu ketiak ni bersaing-saing laki dan pempuan, masing-masing tak nak kalah..panjang-panjang belaka sampai boleh dipintal jadi tali kapal. Ngeri kot.

Lupa nak sebut satu lagi. Depa ni suka korek hidung depan-depan. Takde rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita nengok rasa jijik. Siap gentel-gentel lagi. Lepas tu datang kat aku nak mintak tandakan kerja rumah. Geli aku. Aku malas nak tanda. Suruh depa tanda sendiri. Pengotor nak mampus.

Dan tak lupa jugak depa ni suka meludah merata-rata. Dalam bas dia boleh meludah, kat lantai bas tu penuh kesan-kesan ludah, ada air liur, kahak kuning hijau semua ada.

Entah apa hukumnya tu, aku kira lumpsum la hukumnya Najis Mughallazah sebab perangai pun serupa Mughallazah. Kalau budak-budak kecik di Zhengzhou tu baya-baya setahun dua tu memang dibiarkan dek mak bapaknya kencing berak merata.

Seluar budak-budak tu memang siap berlubang di tengah² supaya boleh berak kat mana².

Aku balik saja dari China terus aku jatuh sakit. Aku kena demam panas mengejut. Aku kena influenza.

Kena tahan ward 4 hari tak pasal-pasal kena bil RM6,000. Nasib baik aku ada insuran.

Kelenjar dekat paha aku membengkak hampir sebesar bola golf. Sakit. Aku menahan sakit menggigil-gigil sejak dalam pesawat lagi.

Nasib aku balik dari Guangzhou ke Kuala Lumpur naik Malaysia Airlines. Pramugari baik-baik. Bagi aku Panadol. Dapat makan sedap-sedap.

Lagi satu naik China Southern Airlines pramugari tak mahir bahasa Inggeris. Tandas kotor. Makanan tak sedap. Ada ke patut dibaginya pisang muda. Taubat lahum takkan ku jeru lagi dah.

(Waktu ni muka senyum lagi sebab tak tahu apa yang bakal aku hadap di kampus)

M Hafiz Ostmann

*Artikel ditulis secara santai mengikut gaya bahasa penulis.

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis dan sudah mendapat keizinan untuk disiarkan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close