Berita UtamaDuniaUtama

44 maut banjir di Brazil

17,000 terpaksa berpindah dari rumah, 19 masih hilang

BRASILLIA, 2 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya 44 orang meninggal dunia selepas berlakunya hujan lebat selama dua hari sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil.

Manakala 19 orang dilaporkan hilang di negeri Minas Gerais, dan 17,000 telah dipindahkan dari rumah mereka.

Sky News melaporkan, negeri itu, dan beberapa bahagian lain di Brazil termasuk Rio de Janeiro dan Sao Paulo dijangka menerima lebih banyak hujan.

Ibu negeri Minas Gerais, Belo Horizonte mencatatkan kenaikan air setinggi 171 milimeter (6.7 inci) dalam tempoh 24 jam dari Khamis hingga Jumaat, iaitu hujan terburuk dalam tempoh 110 tahun.

Keadaan darurat telah diisytiharkan di 47 bandar, satu langkah yang bertujuan untuk membantu bantuan bencana persekutuan.

Tiga hari berkabung rasmi bagi mereka yang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh juga telah diumumkan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close