Berita UtamaPendapatUtama

Wala Islam hancur melalui nifaq

Munafik tak pilih hidup bersama muslim

ORANG munafik bergembira dengan kesedihan umat Islam, dan bersedih dengan kegembiraan umat Islam.

Mereka memilih orang kafir (umat selain Islam) sebagai pendokong, penyokong serta sahabat rapat untuk hidup.

Juga sebagai sumber kesedihan dan kegembiraan. 

Bila umat Islam bersedih, mereka suka memaki-hamun dan perli.

Apabila umat Islam bergembira atas kekalahan dan kesedihan, puak kafir dan seumpamanya, mereka pula bersedih. 

Agama mereka secara luarannya adalah Islam, namun secara dalamannya hanya Allah SWT yang tahu. 

Hakikatnya mereka sedang memilih untuk tidak bersama-sama dengan umat Islam dalam kehidupan. 

Keadaan yang celaru pada hari ini boleh menyebabkan kita mudah terpalit dengan sikap ini secara sedar atau tidak.

Rangka demokrasi kepartian yang menebal adalah salah satu jerangkap samar yang memerangkap kita daripada memberikan kesetiaan kita kepada umat Islam.

Kita perlu insaf dan kembali kepada kesatuan dan kesetiaan pada umat Islam, agar iman kita diterjemahkan dan dibuktikan dengan tepat dalam kehidupan. 

Kawan kita di akhirat, adalah kawan kita di dunia. 

Hati-hati dalam memilih jalan perjuangan, kerana hakikat perjuangan kita sedang menuju ke akhirat.

Wallahua’lam

Ustaz Ahmad Syamil Esa

Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close