Berita UtamaUtama

Video dakwa polis terima rasuah pernah tular pada 2016

Tiada keterangan kukuh kait anggota PDRM terbabit salah laku

BANGI, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Sebuah video tular berkaitan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa menerima rasuah bagi melindungi kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau, Sabah adalah ulang siar dari video sama yang pernah tersebar pada Mei 2016.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ekoran daripada penularan awal video itu, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka pada 2016 oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi menentukan kesahihan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan secara keseluruhan menunjukkan tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan anggota polis terbabit menerima rasuah dari PATI warganegara Indonesia bagi melindungi mereka masuk ke Tawau, seperti yang ditularkan.

“Meskipun demikian, hasil siasatan JIPS telah menemui beberapa kelemahan di dalam penugasan anggota PDRM di Tawau, Sabah khususnya dari aspek administratif yang perlu diberi perhatian serta dibuat penambahbaikan.

“PDRM telah mengambil inisiatif membuat penambahbaikan ke atas kelemahan-kelemahan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah pencegahan, Acryl Sani berkata, PDRM juga telah mengambil tindakan dengan menukarkan serta-merta seorang pegawai kanan dan seorang anggota bagi menghindari potensi berlakunya salah laku yang tidak diingini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close