Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Netizen Cina ‘panas’ kenyataan pilih kerajaan ‘pengembala lembu vs babi‘

Dakwa kerajaan 'pengembala lembu' pendekkan hayat Abdul Hadi

BANGI, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Netizen Cina dalam ruangan komen di laman Facebook Malaysiakini hari ini membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas menyifatkan kerajaan bukan Islam sebagai pengembala babi.

Berang dengan dakwaan berkenaan, netizen dikenali sebagai Keng Suang Ng mengingatkan, Abdul Hadi supaya berhati-hati apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“MCA perlu diingatkan Hadi Awang hanya gemar kepada pengembala lembu. Dalam hati mereka penternak babi ialah syaitan. Serigala yang memakai kulit kambing yang degil akan selalu bersama melakukan kejahatan.

“Main api akan membakar diri sendiri. Rosakkan orang lain hanya rosakkan diri sendiri. Jaga diri dan berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mengingatkan orang Melayu dan umat Islam sama ada mahu menjadi ‘pengembala lembu’ di bawah pemerintahan orang Melayu Islam ataupun ‘pengembala babi’ di bawah pentadbiran pihak lain.

Dengan mengambil contoh kejatuhan kuasa Islam di Sepanyol pada masa lampau, Hadi berkata penting buat umat Islam untuk memahami sistem politik.

Jelasnya, meskipun berada di bawah pemerintahan orang Melayu Islam yang zalim, namun rakyat hanya sekadar menjadi ‘pengembala lembu”‘ berbanding di bawah pentadbiran pihak lain.

Hadi bagaimanapun tidak menjelaskan ‘pihak lain’ yang dimaksudkannya.

“Kalau kita sabar sesama kita, kalau zalim pun (pemerintahan) hanya jadi pengembala lembu, kalau orang lain memerintah jadi pengembala babi.

“Nak lawan sangat, nak jadi pengembala babi atau pengembala lembu? Mesti faham, ini politik,” katanya.

Turut ‘panas’ dengan kenyataan itu adalah Teo Guon Ngiu Teo dengan mendakwa, menternak babi akan merancakkan kegiatan ekonomi.

“Penternak babi membantu kamu merancakkan kegiatan ekonomi, penternak lembu membantu anda dibungkus dan berjumpa Allah. Nampak gayanya perlu berhati-hati dalam memilih,” katanya.

Selain itu, Andrew Wilson berkata, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan perlu menternak babi, erti kata lain bagi rakyat.

Malah, beberapa netizen Cina lain mengambil tindakan untuk memerli Abdul Hadi dengan perkataan sinis berkaitan dengan khinzir.

Tulis Tn Hiew: “Industri penternakan babi di Jerman sangat maju. Industri kereta juga maju. Salah satunya Mercedes,”

“Malah mereka sendiri tidak tahu kenapa hanya takut pada babi. Dunia ini ada banyak haiwan lain,” perli Tony Hc Chong.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close