Berita UtamaDuniaUtama

Koronavirus: Korban cecah 54

WHO sifat masih terlalu awal untuk isytihar darurat peringkat global

BEIJING, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Angka kematian akibat virus baharu yang melanda Wuhan, China – koronavirus (2019-nCoV) – meningkat kepada 54 orang, hari ini.

Pegawai di Hubei melaporkan, sebanyak 323 kes baharu dicatatkan membawa peningkatan kepada jumlah jangkitan di seluruh negara kepada 1,610 berdasarkan angka yang dikeluarkan kerajaan Pusat sebelum ini.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Hubei, wabak yang mempunyai persamaan dengan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) itu telah menyebabkan tujuh lagi kematian dan 46 kes baharu disahkan.

China telah meluaskan sekatan perjalanan, yang bukan hanya membabitkan Wuhan, bahkan beberapa lagi bandar berhampiran bagi mengekang pergerakan kira-kira 56 juta penduduknya yang berisiko dijangkiti.

Pihak berkuasa kesihatan seluruh dunia juga telah meningkatkan pemeriksaan di lapangan terbang dan pintu keluar masuk negara dalam usaha untuk mencegah penularan wabak itu.

Setakat ini, beberapa negara sudah mempunyai kes koronavirus antaranya Australia, Amerisa Syarikat dan tujuh negara di Asia Pasifik termasuk Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui bahawa penyakit pernafasan – yang dikesan berpunca dari bandar Wuhan – adalah keadaan darurat di China, tetapi masih terlalu awal untuk isytihar darurat bagi peringkat global.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close