Berita PilihanBerita UtamaUtama

Koronavirus: Keadaan di Malaysia tidak kritikal

Tidak perlu halang pelancong, namun pemeriksaan masih dikenakan

KLANG, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Keadaan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga kita perlu menghalang pelancong, contohnya. Kita perlu menilai bila peringkatnya kritikal. Namun kita akan terus melakukan pemeriksaan ke atas pelancong, apabila terdapat beberapa petunjuk yang mungkin telah dijangkiti,” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) 2020 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan negara mengambil beberapa langkah kerana ia sesuatu yang amat serius memandangkan kita tidak mengenali penyakit ini sebelum ini.

“Bagaimanapun, manifestasi penyakit ini agak sukar dikesan. Ini persoalannya apabila orang ramai boleh bergerak dan pergi ke mana-mana dengan amat pantas. Sebelum anda boleh mengesan seseorang itu sakit, dia telahpun sampai ke destinasinya, jadi kita terpaksa menerima bahawa satu kawalan sepenuhnya adalah suatu yang mustahil,” katanya.

Rumah terbuka itu dihoskan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Klang (KCCCI) yang turut dihadiri oleh beberapa menteri kabinet.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close