Berita UtamaUtama

Dos Nelfivanir penawar koronavirus

Seorang rakyat China pulih sepenuhnya daripada wabak

BANGI, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Seorang pesakit yang disahkan terkena jangkitan koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Perkara berkenaan disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai yang mendapati bahawa wanita berusia 56 tahun dikenali sebagai Chen telah pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan, seperti dilapor Astro Awani.

Media tempatan China melaporkan, bahawa kumpulan doktor yang merawat mangsa telah menjalankan uji kaji, dengan memberi dos HIV.

Difahamkan dos yang juga dikenali sebagai Nelfivanir itu berjaya menghentikan virus berkenaan daripada terus merebak ke dalam sel badan.

Malah, Nelfivanir juga mampu menurunkan tindakan balas penyebaran virus dalam sel manusia.

Sementara itu, Chen menunjukkan reaksi positif dalam sistem pernafasannya, selepas ujian CT scan dijalankan sebelum dua ujian darah dijalankan – menunjukkan pesakit berkenaan bebas daripada koronavirus.

Chen yang juga penduduk di Wuhan, China mengalami beberapa gejala selsema pada 10 Januari, sebelum dimasukkan ke hospital pad 12 Januari.

Selain itu, perkembangan terbaharu negara itu turut menyatakan jumlah 38 pesakit yang positif koronavirus menunjukkan perkembangan positif, lapor media tempatan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close