Berita UtamaUtama

BMF: Awas bukan semua produk guna tulisan jawi halal

Waspada tindakan licik peniaga, jawi hak umum sesiapa berhak guna

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 1 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Usahawan muslim di negara ini wajib memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui laman web atau portal yang khusus menjual barangan halal.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara berkenaan sangat mustahak dalam memudahkan umat Islam mencari dan membeli produk halal keluaran mereka.

“Portal itu sepatutnya hanya mengeluarkan barangan yang kita panggil halal kamelan, maksudnya pengeluar, pembekal, pemegang saham, pekerja adalah Islam selain aspek pengurusannya dilakukan melalui kaedah Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menjangkakan umat Islam di negara ini mampu menguasai ekonomi jika konsisten menyokong kempen Buy Muslims First (BMF).

Kempen BMF dilancarkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam serta memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Pada masa sama, Barjoyai mengingatkan para pengguna Islam supaya berwaspada dan tidak melihat tulisan jawi di sesuatu produk sebagai isyarat bahawa barangan berkenaan adalah halal.

Beliau berkata, tulisan jawi adalah hak umum maka, sesiapa sahaja berhak menggunakannya.

“Tulisan itu boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan apa yang penting kita kena lihat siapa pengeluarnya.

“Adakah pengeluarnya orang Islam? Sebab sebarang produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat, kita tidak tahu sama ada syarikat itu milik orang Islam mahupun tidak,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close