Berita UtamaDuniaUtama

Ular punca coronavirus

Mungkin virus menular dari kelawar kepada ular, ular kepada manusia

BEIJING, 28 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Pasar basah Asia yang terkenal di Wuhan, antara tempat di mana pembeli boleh membeli segalanya termasuk ular, mungkin bertanggungjawab terhadap penularan wabak coronavirus kepada manusia.

Laporan kajian baharu pasukan penyelidik China mendedahkan, kemungkinan besar virus itu tersebar daripada ular kepada manusia dan ia berlaku di pasar makanan di Wuhan, yang mana haiwan hidup dan daging dijual di ruang sempit.

“Penemuan kami mendapati ular – hidupan liar – menjadi punca kepada wabak coronavirus,” kata pasukan saintis dalam kertas laporan.

Penemuan genetik virus itu sebelum ini mengatakan ia berasal daripada kelawar. Bagaimanapun terbaharu, kajian penyelidik menunjukkan, kelawar yang dijual di pasar Cina seperti Wuhan, tidak mungkin menjadi sumber langsung.

Sebaliknya, penemuan baharu coronavirus mungkin menular daripada ular kepada manusia – khususnya spesies many-banded krait – nama saintifiknya Bungarus multicinctus – atau Chinese cobra.

Proses ini boleh diterima logik akal. Sebagai permulaan, kedua-dua ular ini memburu dan makan kelawar. Kedua, ia juga dijual di pasar basah, dan kadang-kala dimakan sebagai makanan istimewa atau digunakan dalam perubatan tradisional.

Ini menjadikan rantaian peristiwa munasabah, di mana virus menular dari kelawar kepada ular dan dari ular kepada manusia. Adalah penting untuk menjejaki virus itu, memahami evolusi serta mengawal wabak berkenaan.

Masih lagi menjadi tanda tanya bagaimana coronavirus boleh menular dari berdarah panas ke berdarah sejuk, kemudian ke berdarah panas lagi.

Kebiasaan, ini adalah langkah yang amat mencabar untuk virus dan fakta coronavirus berjaya melakukan penularan ini menunjukkan ketegangan yang mudah disesuaikan.

“Keutamaan daging segar daripada haiwan yang tidak dikuarantin dengan betul atau jenis liar membuatkan China mudah terdedah kepada risiko wabak virus baharu melalui haiwan berhampiran mereka dan sentuhan manusia,” kata Profesor Imunologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Asas Universiti Peking, Wang Yuedan dipetik portal ZME science.

Selain itu, wabak ini adalah satu lagi peringatan kepada keperluan mengehadkan penggunaan haiwan liar bagi mencegah jangkitan zoonotik.

China mengambil langkah signifikan untuk menghadkan penyebaran penyakit melalui pasaran haiwan, namun kawasan itu masih kekal amat mudah terdedah – khususnya membabitkan haiwan liar.

Buat masa ini, para penyelidik menggesa penyiasatan lanjut bagi mengesahkan bahawa ular adalah punca wabak ini.

Bahkan pasukan penyelidik juga berusaha untuk menilai cara mudahnya coronavirus boleh tersebar dari manusia ke manusia serta mencari potensi rawatan untuk virus itu.

Malangnya, setakat ini tiada vaksin yang diluluskan atau rawatan antiviral yang tersedia untuk wabak itu. Sekiranya anda mengalami gejala seperti radang paru-paru dan bersentuhan dengan individu dijangkiti coronavirus, sila berunding dengan doktor dengan segera. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close