Berita UtamaUtama

Mahkamah tangguh fatwa sesat terhadap SIS

Penafsiran kumpulan liberal jadikan masyarakat keliru mengenai Islam

1. MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia). Ini bagi menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah Sister mengemukan rayuan mereka. (Astro Awani)

2. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

3. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/

(b) Sisters mendakwa Saidatina Fatimah tidak disunatkan oleh Baginda Nabi
Baca: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=986561608347632&id=630358917301238

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oktober 2015)

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oktober 2015)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

(f) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin

(g) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

4. Bahkan jika diperhatikan, banyak lagi kekeliruan malah penyelewengan yang dipaparkan di dalam kenyataan mereka. Maka amatlah wajar Fatwa Selangor mewartakan kumpulan yang mendokong pemikiran Liberal ini sebagai sesat dan menyeleweng.

5. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memberikan penerangan terhadap penyelewengan serta kekeliruan yang ditimbulkan oleh pemikiran Liberal terhadap Islam. Penafsiran baharu yang dibawa oleh kumpulan hanya menjadikan masyarakat keliru tentang ajaran Islam.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close