Apa Kata PakarBerita UtamaIstimewaUtama

Apakah sebab Melayu sukar lumpuhkan dominasi Cina?

Dasar pecah perintah halang Melayu berjaya dalam ekonomi

KEDATANGAN British di Tanah Melayu sejak abad ke-18 telah memberi impak mendalam terhadap banyak aspek di negara ini, termasuk sosial, politik dan juga ekonomi. Seperti kita sedia maklum, pada abad ke-19, British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan perdagangan. Sebilangan daripada mereka pulang ke negara asal selepas suatu ketika, namun selebihnya terus menetap di Tanah Melayu.

Sejak itu, pola masyarakat dan sistem sosial di negara ini berubah. Dinihari, dapat dilihat kemajuan kaum Cina dalam bidang ekonomi, pelbagai perniagaan besar dimiliki mereka, sementara Melayu tidak banyak berubah. Mengapa situasi seperti ini boleh berlaku? Ikuti temubual bersama penganalisis ekonomi yang juga Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff bersama Ismaweb.net.

Wartawan: Boleh Dr ceritakan dari segi sejarah bagaimana Cina mampu menguasai ekonomi di Malaysia?

Dr Ahmed Razman: Pertama perlu diketahui pada wujudnya golongan Diaspora. Diaspora ini bukan sahaja pendatang Cina, tetapi juga pendatang India. Jadi, terdapat diaspora China dan India di Tanah Melayu. Mereka pendatang dari negara asal, kebanyakan mereka menguasai ekonomi di negara baru. Di Afrika Selatan, banyak pedagang dari India kuasai ekonomi, di beberapa negara lain, diaspora Cina kuasai ekonomi.

Sebenarnya kuasa diaspora memang kita faham jika diberi peluang memang mereka akan kuasai ekonomi di negara tertentu. Perkara ini normal, sesuatu yang bukan unik di Malaysia sahaja. Macam mana di Malaya, orang Cina pula kuasai ekonomi. Itu adalah kerana faktor utama penjajah Inggeris, meletakkan kaum dalam industri tertentu. Lombong timah – Cina, Melayu dalam bidang pertanian, India pula diletakkan di estet. Sebahagian kecil orang Cina turut ditempatkan dalam pentadbiran walaupun pada asalnya Cina ditempatkan di lombong timah.

Ada satu lagi faktor, kenapa mereka menguasai ekonomi. Asalnya, kebanyakan mereka yang berhijrah mereka bukan dari golongan aristokrat, bangsawan, yang berada. Kalau aristokrat ini kebiasannya mereka akan berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya.

Golongan Cina yang berhirah ke Malaya ni adalah golongan bawahan. Intention sebenar mereka bukan untuk stay di sini. Tapi untuk pulang ke negara asal. Macam orang Indonesia juga la kumpul duit di sini dan balik semula ke negara mereka. Jadi kenapa mereka (orang Cina) nak balik ke negara asal, kerana mereka fikirkan keluarga. Sebab itu la mereka tubuhkan sekolah Cina di sini sebab mereka hendak memastikan mereka kekal dengan budaya Cina. Sebab itu dia ikut silibus sana dan sebagainya, sebab dia nak balik ke sana. Tetapi, pada tahun 70-an, ada pemimpin mereka mengumumkan tak perlu balik ke China, namun, kerana peluang untuk mereka hidup selesa ada di Malaya. Asalnya datuk nenek mereka nak balik. Tapi nampaknya mereka lebih selesa di sini.

Wartawan: Adakah terdapat agenda dari Inggeris untuk memastikan Melayu Islam tidak menguasai ekonomi sampai bila-bila? Pastikan Melayu lemah?

Dr Ahmed Razman: Dari segi sejarah, Inggeris ini kita tahu dia Kristian, dia wujudkan konsep pecah dan perintah. Melayu ditempatkan di kampung, sedikit sebanyak tidak akan membantu Melayu Islam berkembang. Tapi dasar pecah perintah berjaya menghalang Melayu untuk berkembang lebih baik dalam bidang ekonomi. Dia (penjajah Inggeris) tak boleh Kristiankan orang Melayu, sebab pegangan Islam pada masa itu kuat.

Jadi bab untuk Kristiankan Melayu ini, Inggeris sedar memang tak boleh, jadi apa yang dia boleh ialah kawalan dari segi ekonomi dan politik. Pecah perintah, mereka pastikan tak akan ada tentangan dari Melayu. Bab ekonomi dan perdagangan, Cina di bandar dan dibenarkan terlibat dalam ekonomi utama.

Wartawan: Mengapa setelah merdeka, masih sukar Melayu untuk melumpuhkan dominasi Cina?

Dr Ahmed Razman: Ini melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran, kalau nak cakap pasal Melayu itu sendiri, kenapa tak banyak Melayu masuk ke bandar, memegang ekonomi, dia ada kaitan dengan faktor dalaman, iaitu motivasi kaum. Kalau kita tengok diaspora, bila dia sampai negara baru, mereka tiada apa-apa, mereka hanya bergantung pada kaum sendiri, jadi semangat kekeluargaan, kaum tu tinggi.

Kalau kita tengok kat sini banyak persatuan, dia overlap, kaum bahasa, keluarga, disatukan. Kalau kita di luar negara pun, kita akan bersama dengan orang kaum kita. Jadi orang Cina ni mereka menggunakan ‘Umbrella Concept’ untuk salinig bantumembantu, memang kuat, kalau mereka perlu dana, ada yang boleh bagi harta, ada yang boleh bagi aset, jadi mereka sama-sama berkongsi. Networking dia strong. Melayu pula tiada keperluan untuk berbuat demikian, kita jenis taat kepada pemerintah, kita ada perjanjian daulat, selagi kita taat kepada raja, raja akan jaga kita.

Diaspora tiada perkara itu. Mereka fokus kepada survivability, mereka tiada bantuan. Kalau pemikiran kita, cukup-cukup makan pun ok. Jadi tiada keperluan untuk bersusah payah macam Cina. Kalau India pun kuat berdagang. Selain itu, bidang perniagaan pun bukan satu benda yang natural untuk Melayu pada permulaannya.

Kita dikenali sebagai kaum yang bertani dan bekerja dengan pemerintah. Kita punya motivasi diri sebenarnya bukan untuk betul-betul kaya untuk diri sendiri, kita punya matlamat melangkaui dunia. Matlamat menjadi kaya untuk memberi manfaat kepada keluarga, after life. Jadi tiada keperluan untuk bermewah-mewahan.

Selepas merdeka pula, kebanyakan kekayaan negara mulai dinikmati oleh rakyat. Bila kekayaan itu mula dinikmati oleh negara, mereka yang terlibat dalam perniagaan (orang Cina) akan lebih maju berbanding mereka di pedalaman.

Satu lagi faktor luaran, dari segi pembiayaan, lepas merdeka kalau nak meminjam, kena dapat pinjaman daripada bank, bank Cina, bank Inggeris. Masa tu tiada bank Islam, Tabung Haji dan sebagainya. Disebabkan itu, tiada peluang Melayu dapatkan pembiayaaan, ramai yang cuba pinjam daripada ceti India, interest tinggi 200 peratus. Jadi tanah pula terpaksa digadaikan untuk bayar hutang.

Faktor yang lain pula ialah sumber pembiayaan amat terhad, masa itu juga polisi kerajaan adalah untuk memastikan taraf hidup Melayu meningkat, namun bukan melalui perniagaan, tetapi melalui pertanian – Felda dan Felcra. Mereka buat apa yang mereka sedia mahir, buat dalam skala yang lebih besar. Jadi bila fokus kepada itu sahaja, sukar berkembang dengan lebih pantas, perniagaan di bandar lebih dapat berkembang dengan maju.

Wartawan: Salah siapa apabila Melayu gagal berkembang seiring kaum-kaum utama yang lain? Adakah sepenuhnya salah Melayu, atau salah kerajaan yang tidak pandai menyusun strategi?

Dr Ahmed Razman: Kita kena faham mentaliti individu, untuk berjaya, faktor luaran, mereka (Cina) ada persatuan, peluang untuk dapatkan bantuan bukan sahaja dari segi kewangan tapi dari segi nasihat, cari tempat nak berniaga, networking, budaya perniagaan dah ada dalam kaum mereka. Connection mereka kuat, sekarang bergantung pada individu nak buat atau tidak. Kalau mak bapa dia memang jenis suka cari duit, anak akan terikut-ikut. Untuk Cina, mereka hanya perlu memotivasikan diri saja untuk berjaya, macam pencipta Grab, dia anak kepada pemilik Tan Chong Motor Berhad. Padahal pencipta e-hailing pada asalnya di negara ini adalah orang Melayu, Taxi Monger. Tutup sebab tiada sokongan.

Untuk Melayu berjaya dalam ekonomi masih ada cabaran. Keluarga Melayu jarang ada yang berniaga, kerajaan memang ada bagi bantuan, dia boleh bagi geran, tapi kerajaan tiada hubungan yang kuat dengan rakyat, program yang ada bukan jenis mentor mentee. Sementara sokongan daripada kaum keluarga, komuniti pula kurang. Jadi, individu Melayu yang kita lihat ada yang berjaya hari ini sebab dirinya sendiri, keinginan untuk keluar dari kemiskinan, walau faktor luaran tiada, dia tetap berjaya, sebab ada motivasi kendiri.

Jadi dalam kalangan Melayu ni ada dua situasi, kalau Melayu masih duduk di kampung, mereka sudah tentu ingin berjaya, tapi mereka kekurangan support system. Di bandar pula banyak yang dah selesa, sebab ibu bapa mereka bekerja keras, sekarang anak mereka tiada motivasi untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Mereka tiada keinginan untuk tambah kekayaan.

Wartawan: Apakah inisiatif atau alternatif terbaik untuk menjadikan kuasa dominasi ekonomi di negara ini terletak di tangan orang Melayu?

Dr Ahmed Razman: Kalau kita merujuk kepada pendapatan yang boleh meningkatkan harta, kalau tengok pada gaji kakitangan awam, sukar lah nak tingkatkan. Punca pendapatan negara adalah dari segi swasta, perniagaan, kita tak boleh fokuskan bantuan kepada semua yang ingin menceburi bidang perniagaan. Yang penting sekarang ini adalah untuk memahami matlamat motivasi individu itu lebih penting.

Kalau memang betul-betul untuk memajukan kaum, ada social enterprise, bantuan layak diberikan. Sepatutnya setiap kerajaan bersifat social enterprise. Kerajaan perlu pastikan perniagaan yang terlibat itu ada nilai social enterprise. Itu kekayaan yang kita mahukan, yang jenis tolong orang. Bila motivasi itu betul, tak akan ada isu penipuan, rasuah, dan sebagainya.

Wartawan: Apakah kempen Beli Produk Muslim (BMF) bakal membantu ekonomi Islam?

Dr Ahmed Razman: Buat masa ini, pada pendapat saya,  pelaksanaan BMF tidak berapa efektif. Kalau kita nak beli barang, kena rujuk kepada website, WhatsApp untuk nak tahu produk mana produk muslim. Kesan dia sementara. Satu perkara yang mungkin boleh disyorkan, adalah wujudkan logo syarikat yang keluarkan produk Muslim Friendly. Jadi dari logo itu kita tahu syarikat itu membantu muslim, penggajian pekerja juga muslim, CSR juga kepada pembangunan agama dan umatnya.

Logo ini mungkin boleh dikendalikan NGO Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Jadi boleh nampak lah produk ni muslim friendly, syarikatnya menggunakan pembiayaan Islam. Pengguna pun boleh tahu yang produk itu terbukti 100 peratus produk buatan muslim.

Selain itu, untuk mempromosikan dengan lebih meluas barangan Islam, perkukuhkan logo halal, bukan sahaja merangkumi kepada halal dari segi barangan dan perkhidmatan, tetapi juga dari aspek pembiayaan. Kebanyakan kita masih mendapatkan dana dari bank mereka, jadi kita perlu fokuskan kepada pembiayaan Islam. Kita tak kan dapat bersaing dengan mereka kalau kita guna platform yang sama, kita ada limitation kita sendiri.

Untuk bertanding dengan mereka susah, tak sesuai gunaplatform sama. Kita ada platform yang lagi bagus. Kelebihan pembiayaan secara Islam, mudharabah. Kalau semua peniaga kita tidak gunakan bank, kita gunakan konsep koperasidengan baik. Jadi dari segi pembiayaan, kewangan kita dah ada kelebihan.

Kenapa nampak bagus tapi peniaga masih tak berjaya, kerana dengan konsep mudharabah ia memang betul-betul checkpinjaman kita itu untuk apa. Kalau bank mungkin ada yang ambil personal loan dan sebagainya, jadi bank tak tahu arah tuju duit itu. Jadi di situ sebenarnya terletak kepada prinsip individu. Perlu pinjam betul-betul untuk bisnes. Bila kita berniaga, berniaga bukan untuk keuntungan sendiri sahaja, tetapi kita fikirkan bagaimana untuk beri manfaat kepada komuniti.

Profit is the consequence of that. Kita ada konsep mudharabah, sayang jika tidak dimanafaatkan. Selagi jati diti Melayu Islam itu tak betul, kita masih belum mahu berubah, kita cemburu tengok orang Cina, tapi kita lupa, jika tiada matlamat kita nak tolong orang, kita tak akan berjaya. Kalau orang Melayu tanya apa kerajaan boleh bagi, kamu kena tanya juga apa yang kamu boleh beri.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close