Berita UtamaUtama

Umat Islam bertanggungjawab sebar perihal Uyghur

ISMA tekad terangkan isu secara berfakta dengan susur galur betul

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 27 Jamadilawal 1441H, Khamis – Salah satu cara untuk memastikan pembersihan etnik Uyghur di wilayah Xinjiang tidak berlaku secara menyeluruh adalah dengan sentiasa memberi kesedaran kepada masyarakat dan umat Islam secara khususnya mengenai apa yang berlaku di sana.

Naib Pengerusi 1 Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), Ustaz Mohd Suhail Sufian berkata, sekarang ini umat Islam bukan sahaja bercerita malah ada banyak tanggungjawab perlu digalas antaranya sentiasa menggembar-gemburkan perihal Uyghur dengan fakta yang betul.

“Maknanya, apabila kita bercerita mengenai jati diri dan keadaan di sana, kita bukan sekadar bercerita ada umat Islam dibunuh, diperkosa tetapi kita juga cerita sahsiah umat Islam iaitu mereka adalah (rakyat) Turkistan Timur dan ini adalah proses penjajahan alam baharu.

“Kita lihat apa yang mereka (China) buat ini tidak berbeza dengan mana-mana peperangan yang berlaku yang mana satu negara ingin menguasai negara lain. Itu yang berlaku sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Selasa lalu, dua orang wakil dari badan ulama Uyghur melawat Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat atas jemputan Majlis Ulama ISMA.

Dalam pertemuan itu, banyak isu dikongsikan antaranya perancangan China terhadap bangsa Uyghur dalam jangka masa panjang, serta kepentingan geopolitik Turkistan Timur terhadap keselamatan dan ekonomi negara China.

Difahamkan, kedatangan mereka dengan misi menyampaikan kebenaran tentang apa yang berlaku ke atas umat Islam di Turkistan Timur, bagi membuka mata umat Islam sedunia khususnya Malaysia, seterusnya melaksanakan tuntutan dan desakan terhadap pihak tertentu agar tindakan yang signifikan dilakukan.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Suhail berkata, tugas ISMA ketika perbincangan malam kelmarin adalah mahu mengambil kehormatan untuk menerangkan secara berfakta mengenai Uyghur dengan susur galur yang betul.

“Apabila kita dengar sendiri, kita dapat fakta serta naratif yang betul, kita nampak isu ini bukan sekadar isu ada rakyat tidak dengar cakap pemerintah tetapi isu penjajahan tanah,” kata beliau.

Malah katanya, ketika pertemuan kelmarin, wakil dari badan ulama Uyghur bukan sahaja memohon dana untuk pelarian, bahkan dana bagi membantu media Ughyur.

“Manakala, dari sudut secara berterusan, kalau ada ‘common’ dari sudut tekanan kepada kerajaan untuk melindungi mereka, teruskan tekanan.

“Tekanan kepada kerajaan dengan memastikan kerajaan sentiasa cakna atau membantu memberi tempat tinggal atau membantu dari sudut tidak menyokong China seperti yang Malaysia buat setakat ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close