Berita PilihanBerita UtamaUtama

LTTE: 5 Februari keputusan permohonan ikat jamin

Tarikh ditetapkan selepas dengar hujah Peguam Negara wakili pemohon

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1441H, Khamis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Februari untuk keputusan permohonan ikat jaim dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P. Gunasekaran dan ahli DAP V.Suresh Kumar yang menghadapi pertuduhan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE dan sama ada Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berperlembagaan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, yang bersidang dalam mahkamah berasingan, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Mohd Saifuddin Hashim Musaimi dan peguam Ramkarpal Singh mewakili pemohon .

Pada 16 Januari, kedua-dua hakim mengarahkan pihak-pihak untuk mengemukakan hujahan sekiranya permohonan Gunasekaren, 60, dan Suresh Kumar, 44, berhubung keperlembagaan Seksyen 13 adalah terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi berasingan bahawa ia tidak berperlembagaan.

Terdahulu, Thomas dan Ramkarpal bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang lain iaitu Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa Seksyen 13 adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Seksyen 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 29 November , Hakim Mohd Nazlan memutuskan Seksyen 13 adalah tidak berperlembagaan dan bercanggah dengan Seksyen 121 (1) Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyimpang daripada kuasa budi bicara mahkamah kehakiman untuk menilai sama ada atau tidak untuk memberi atau menolak ikat jamin itu.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close