Berita Utama

Mana pemimpin Islam ketika Loh Siew Hong perjuang murtadkan anaknya

Mendukacitakan apabila pemimpin kita hanya 'kunci mulut'

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 5 Muharram 1444H, Rabu – Sepatutnya inilah masa untuk pemimpin-pemimpin politik menunjukkan taring mereka membela nasib anak-anak Islam Loh Siew Hong daripada menjadi murtad walaupun melalui ibu kandung mereka sendiri.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim meluahkan rasa kesal walaupun isu ini hangat diperkatakan, namun sayangnya tiada pemimpin yang bangkit untuk membela.

“Sehingga saat ini, tiada pemimpin yang bangkit memperjuangkan seolah-olah tidak penting sedangkan ini melibatkan isu agama dan masa depan anak-anak tersebut.

“Lagi pula, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Islam pula adalah agama negara.

“Sangat mendukacitakan apabila pemimpin kita yang majoritinya Islam hanya mengunci mulut sahaja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Loh Siew meneruskan permohonan bagi membatalkan penukaran agama Islam ke atas tiga anaknya.

Ustaz Zamani berkata, sekiranya ada suara majoriti dan kuasa sebenar pemimpin dalam hal ini pasti anak-anak tersebut lebih terbela.

Isu anak-anak Loh sepatutnya diambil berat oleh pemimpin yang berkuasa dan bukannya menjadi tanggungjawab kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), katanya.

Pautan berkaitan:

https://ismaweb.net/2022/08/01/loh-siew-hong-dibenar-cabar-penukaran-agama-tiga-anak-beragama-islam/
https://ismaweb.net/2022/08/02/adakah-ahli-politik-masih-nak-berlembut-bila-pengislaman-tiga-anak-loh-dicabar/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button