Berita PilihanBerita UtamaUtama

Akademi DS meterai MOU pengedar tunggal dron Coex

Hasil modul dalam bahasa kebangsaan kurangkan jurang teknologi

BANGI, 27 Jamadilawal 1441H, Khamis – Akademi DS berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang membolehkannya menjadi pengedar tunggal kepada semua produk dan modul latihan dron jenama Copter Express (Coex).

Melalui perjanjian itu, Akademi DS akan menjadi pengedar di tiga buah negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Coex Clover digunakan secara meluas dalam pertandingan peringkat dunia iaitu WorldSkills bagi kategori ‘Drone Operating’ di Kazan, Russia tahun lepas.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi DS, Azril Hanafi dalam satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

“Coex berpengalaman selama lima tahun serta pakar dalam bidang pembangunan, pendidikan dan pertandingan berkaitan dron untuk remaja, pelajar vokasional, politeknik dan universiti.

“Dengan termenterainya perjanjian ini, Akademi DS akan menghasilkan modul pembelajaran berkaitan dron di dalam bahasa kebangsaan bagi mengurangkan jurang penguasaan kemahiran teknologi semasa di samping memperkukuhkan jaringan di antara tiga buah negara ini,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Azril mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya, Oleg Ponfilenok sebagai CEO di Coex kerana sudi meluangkan masa ke Akademi DS.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close