Berita UtamaDuniaUtama

Lubnan bentuk Kabinet baru

Hutang negara cecah AS$86.2 bilion pada suku pertama 2019

BEIRUT, 26 Jamadilawal 1441H, Rabu – Lubnan dilaporkan membentuk kerajaan baharu, selepas Hezbollah dan sekutu-sekutunya bersetuju dengan Kabinet  yang kini ditugaskan untuk menangani krisis ekonomi terburuk negara itu dalam beberapa dekad.

Perdana Menteri, Hassan Diab, seorang profesor berusia 60 tahun di Universiti Amerika Beirut, kini mengetuai Kabinet dengan 20 ahli, kebanyakannya pakar yang disokong oleh parti politik.

“Ini adalah kerajaan yang mewakili aspirasi para penunjuk perasaan yang telah digerakkan di seluruh negara selama lebih tiga bulan,” kata Hassan.

Beliau berjanji bahawa kerajaannya akan berusaha memenuhi tuntutan mereka untuk mempunyai badan kehakiman yang bebas, pemulihan dana yang dicuri serta memerangi keuntungan haram.

“Dalam situasi ini, saya menghormati revolusi dan pemberontakan yang mendorong kita ke arah ini dan Lubnan telah berjaya, kita akan mencapai perpaduan sosial.

Beliau berkata: “Ini adalah kerajaan yang tidak mahukan kronisme dan kenikmatan. Tiada seorang pun dari kerajaan ini yang akan bertanding untuk pilihan raya akan datang. 

“Kerajaan ini terdiri daripada orang yang tidak terpengaruh dengan masalah politik,” katanya.

Negara yang dihuni enam juta penduduk itu berdepan masalah pengangguran yang tinggi, pertumbuhan ekonomi perlahan dan mempunyai nisbah hutang tertinggi di dunia, mencecah AS$86.2 bilion pada suku pertama 2019.

Gerakan mewujudkan kerajaan baharu itu bermula selepas bekas perdana menteri, Saad Hariri meletak jawatan tiga bulan lalu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close