Berita UtamaUtama

Kredibiliti Mujahid diragui

Patut pertahan amalan Islam, bukan Ponggal atau Dong Zong

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 26 Jamadilawal 1441H, Rabu – Keupayaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menjaga portfolio hal ehwal agama Islam amat meragukan, kata Setiausaha Agung Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Eqwan Roslan.

Bahkan kata beliau, kredibiliti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu untuk mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan juga kurang diyakini.

Hal ini berikutan, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu mengesa tindakan tegas ke atas pekeliling mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam serta mendakwa pertubuhan radikal Cina Dong Zong tidak rasis.

“Mujahid sepatutnya mempertahankan amalan Islam di sekolah lebih daripada beliau pertahankan Ponggal dan Dong Zong,” kata Eqwan kepada Ismaweb hari ini.

Sebelum ini tinjauan Ismaweb mendapati majoriti netizen menuntut Mujahid melepaskan jawatan, susulan kegagalan mempertahankan maruah agama Islam serta sering dilihat menimbulkan kekeliruan dalam isu berkaitan Islam.

Rata-rata pengguna media sosial mengakui muak dengan sikap beliau sekali gus bersetuju menteri itu meletakkan jawatan.

Mujahid kembali mencetuskan kontroversi setelah mempertahankan Dong Zong yang didakwa tidak rasis, selepas pertemuannya dengan kumpulan pendesak itu baru-baru ini.

Kenyataan Mujahid dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan rasis.

Kenyataan kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri menjaga portfolio agama berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan pendirian yang ‘janggal’ bagi umat Islam.

Ia termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya yang menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan tegas ke atas pekeliling mengharamkan Pesta Ponggal dirai di sekolah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close